Bas yang dalam perjalanan dari Polonnaruwa di wilayah tengah menuju ke Kaththankudy di timur Sri Lanka, terhumban ke dalam sungai, pada Ahad menyebabkan sekurang-kurangnya 10 penumpang terbunuh dan lebih 30 cedera.
TANGKAP layar dari video di YouTube menunjukkan bas di dalam sungai berkenaan.
Bas itu melanggar Jambatan Kotaleeya di Manampitiya, sebelum terhumban ke dalam Sungai Mahaweli, kata jurucakap polis Nihal Thalduwa, lapor Xinhua.
Beliau berkata, mayat mangsa dan mereka yang cedera dibawa ke Hospital Polonnaruwa.
Laporan awal mendapati kecuaian pemandu menjadi punca kepada nahas itu.
Sumber: Harian Metro |