View: 561|Reply: 2
|
Ibu Bapa Guru Terlampau Sibuk- Anak Hidap 5 Jenis Gangguan Mental Jadi 'Hamba Seks’' Abang Ipar, Sentiasa Rasa Nak Bunuh Diri
[Copy link]
|
|
Seorang wanita dikenali sebagai Anna berkongsi kisah ‘hitam’ yang berlaku dalam kehidupannya menerusi satu temu bual di Youtube Ashhrapp Channel.
Menurut Anna yang berasal dari Johor, sejak kecil dia sudah alami gangguan ‘mind torture’ daripada keluarga.
"Mungkin sebab keluarga saya terlalu sibuk. Mereka kerja. Adik beradik pula ramai. Kuranglah perhatian. Pada mulanya saya memang tak rapat dengan keluarga sebab duduk dengan penjaga. Mak ayah kerja sebgai guru. Kebanyakan adik beradik saya semua dah besar. Jaraka umur saya dengan nombor tujuh pun 5 tahun. Jadi adik beradik yang lagi atas, lagilah kami jauh beza.
"Saya kurang rapat dengan kakak-kakak sendiri. Mereka dah ada kerjaya. Benda ni lagi teruk bila umur saya 13 tahun. Biasalah, sebagai remaja kita akan ada fasa memberontak. KIta ingin tahu dan ingin mencuba. Dari situ saya dapat banyak tekanan daripada adik beradik. Saya tak pernah cerita masalah saya. Bila saya nak kongsi mereka buat tak endah.
 Foto: Ashhrapp Channel
Dia pernah terlintas untuk membunuh diri. Malah cubaan untuk membunuh diri masih dilakukan sehingga sekarang.
Namun begitu, Anna berkata dia pernah mempunyai seorang abang angkat. Abang angkatnya merupakan individu yang selalu mendengar keluhan dan masalah yang dihadapi. Ujar Anna lagi, hubungan mereka berakhir apabila abang angkatnya meninggal dunia pada tahun 2019.
Tambah Anna dia menjadi mangsa rogol abang iparnya sendiri. Jelas Anna, abang iparnya mula mengambil kesempatan selepas dia kehilangan abang angkat.
"Dia buat benda yang tak sepatutnyalah. Ayat dia konon macam nak melindungi saya padahal nak ambil kesempatan. Dia abang ipar saya. Jadi jangan percaya walaupun keluarga sendiri. Dia guna ayat manis nak ambil tahu masalah kita tapi pada masa yang sama dia nak seks ja.
"Saya pernah cakap dekat dia, kalau dia buat lagi saya akan buat laporan polis. Perbuatan dia seolah harga diri saya boleh ditukar dengan barang. Malah, dia ugut akan beritahu semua orang yang saya goda dia terlebih dahulu. Ugutan tersebut membuatkan saya takut nak duduk seorang diri.
Anna berkata dia sudah berjumpa dengan pakar psikiatri untuk mendapatkan rawatan dan hasil pemeriksaan tersebut dia didiagnos menghidap penyakit mdd, bipolar, eating disorder, anxiety dan insomnia. -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
@Bipolajourney KE TU SEBAB DIA PERNAH KATA DIA MENGANGKANG NAK DI GOMOL PAK SEDARA.
NI DIA CERITA BUKAN AKU CERITA AKU ADA SS POST DIA
WAKAKAKAKA |
|
|
|
|
|
|
|
Ramai manusia berakhir dengan masalah mental bila terlampau berharap pada manusia lain untuk membahagiakan nya. Bahagia atau tidak sendiri lah tentukan.
Bila dah sakit, orang luar boleh lah hantar gi spital tapi kalau diri sendiri xnak usaha sembuh. Ubat tak makan. Tak kemana jua. Diri ko tanggungjawab ko tak kira lah konsakit ker tak. Urus diri jgn harap org lain jer. Org lain pun ada tahap sabar nya jugak mek. |
|
|
|
|
|
|
| |
|