CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 194|Reply: 0

14 Maut Hujan Lebat Landa Utara India

[Copy link]
Post time 9-7-2023 10:44 PM | Show all posts |Read mode
New Delhi: Hujan lebat melanda wilayah utara India mengorbankan sekurang-kurangnya 14 nyawa manakala infrastruktur jalan raya rosak di kebanyakan negeri sejak Sabtu.


Delhi merekodkan taburan hujan 153 milimeter (mm) dalam tempoh 24 jam sehingga 8.30 pagi Ahad, tertinggi pada Julai dalam tempoh 40 tahun, menurut laporan media tempatan.


Hujan lebat melanda wilayah utara India mengorbankan sekurang-kurangnya 14 nyawa manakala infrastruktur jalan raya rosak di kebanyakan negeri sejak Sabtu. - Foto REUTERS





Pegawai negeri Delhi terpaksa membatalkan cuti pada Ahad bagi memeriksa air bertakung di bandar itu kerana banyak kawasan dinaiki air.


Di Gurugram, New Delhi, pentadbiran tempatan menasihatkan syarikat untuk membenarkan pekerja untuk bekerja dari rumah pada Isnin dan meminta orang ramai untuk tidak keluar kecuali perlu.


Di Himachal Pradesh, Uttarakhand, Punjab dan Haryana, terdapat laporan mengenai lebuh raya rosak, air sungai meningkat dan tanah runtuh.


Tiga orang terbunuh manakala tiga lagi hilang selepas sebuah kereta yang membawa 11 penumpang terjunam ke dalam sungai Ganga di daerah Tehri Garhwal di Uttarakhand.


Sebuah rumah runtuh mengorbankan tiga ahli keluarga di Himachal, manakala banyak kedai dan ATM dihanyutkan di sungai Beas.


Dua askar turut terkorban dalam kejadian banjir kilat di Jammu dan daerah Poonch di Kashmir, manakala kejadian tanah runtuh dan penutupan jalan dilaporkan di pelbagai lokasi di wilayah itu.


Chandigarh merekodkan taburan hujan 322 mm sejak Sabtu, yang tertinggi setakat ini untuk tempoh 24 jam.


Perjalanan rentas negeri turut terjejas di utara India akibat musim tengkujuh.




Sumber: Bernama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2025 09:12 PM GMT+8 , Processed in 0.728160 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list