|
Chukai: Polis masih mencari individu yang dipercayai membuang bayi perempuan di sebuah premis menjual ayam di Jabur Kubur, Jalan Air Putih, Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, setakat ini tiada sebarang tangkapan dilakukan dan siasatan lanjut masih dijalankan.
LAPORAN terdahulu Harian Metro
"Siasatan lanjut masih diteruskan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu polis.
"Kita juga meminta kepada klinik awam dan swasta di daerah ini supaya memaklumkan polis dengan segera sekiranya ada menerima pesakit yang baharu melahirkan bayi," katanya ketika dihubungi, hari ini yang turut memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.
Harian Metro sebelum ini melaporkan pekerja kedai menjual ayam terkejut menemukan bayi perempuan itu yang masih hidup, kira-kira 7.50 pagi.
Sumber: Harian Metro |
|