CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12157|Reply: 216

[Tempatan] Bayi lemas terlepas daripada pegangan bapa ketika berkayak di sungai

[Copy link]
Post time 8-7-2023 05:39 PM | Show all posts |Read mode

ADRYAN Mikail lemas akibat terjatuh sungai ketika dibawa berkayak oleh bapanya. FOTO Ihsan Pembaca

Bayi lemas terlepas daripada pegangan bapa ketika berkayak di sungai
Julai 8, 2023 @ 3:52pm

Baling: Bayi lelaki berusia setahun tujuh bulan yang ditemukan lemas di Sungai Ketil, Lubuk Pedati, dekat sini dipercayai menaiki kayak bersama bapanya sebelum terlepas daripada pegangan lelaki itu.

Bayi lelaki yang lemas itu dikenali sebagai Adryan Mikhael Muhammad Afiq.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, bapa mangsa berusia 30 tahun dipercayai tergelincir sebelum bayi itu terlepas daripada pegangannya dalam kejadian 11.50 pagi tadi.

Beliau berkata, bayi berkenaan kemudian dihanyutkan air sehingga ke Kampung Sungai Limau, di sini.

"Ketika kejadian, ibu mangsa bersama ahli keluarga dan rakan turut berada di tempat kejadian.

"Kami menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 12 tengah hari sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dilakukan bersama anggota Balai Bomba dan Penyelamat Baling serta anggota Balai Polis Baling," katanya dalam kenyataannya hari ini.

Shamsudin berkata, mayat bayi berkenaan ditemukan pada 12.45 tengah hari dengan bantuan orang awam dan penduduk kampung di Kampung Sungai Limau.

Beliau berkata, mayat Adryan Mikhael dihantar ke hospital untuk tindakan lanjut

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-7-2023 06:31 PM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 8-7-2023 06:16 PM
tak payah cerita laki kau. orang tak nak tahu rumah tangga kau.

Maaf cakap, bisa jadi karena Kakak ndak punya anak, makanya ndak ngerti gimana perasaan ibu ke anaknya. Setiap baca berita kayaq ini, terasa diiris-iris pisau hati ini, jadi jantungan saya.

Makanya suami pengen bawa anak keliling-keliling kompleks perumahan pakai sepeda motor ndak saya kasi. Ngambek dia, saya cuekin aja. Anakku nyawaku, saya bilang ke suami!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2023 06:38 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2023 05:40 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2023 05:41 PM | Show all posts
Edited by Friska at 8-7-2023 09:02 PM











Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2023 05:45 PM | Show all posts
Sakit dan pilu hati saya baca berita ini. Ayahnya pauk sekali! Kalau terjadi ke anak saya, bakalan saya ceraikan suami dan akan saya tuntut ke pengadilan!
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 8-7-2023 05:52 PM | Show all posts
Edited by Friska at 8-7-2023 09:04 PM


Keluarga Adryan Mikhael Mohamad Afiq, setelah mayat hanyut lemas di di Sungai Ketil, Kampung Lubuk Pedati, Kedah, pagi tadi.


Kosmo Online

[VIDEO] Seorang bayi lelaki berusia setahun tujuh bulan ditemui lemas dipercayai hanyut ketika menaiki kayak pelampung bersama bapanya di Sungai Ketil, Kampung Lubuk Pedati, Baling,Kedah pagi tadi. Bayi itu dijumpai 10 minit selepas azan dilaungkan.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2023 05:54 PM | Show all posts
Aduhai bapak..... bapak.  Engko nak naik kayak ko boleh bawa baby sekali?  Otak letak kat mana wei!  Awatlah tak fikirkan keselamatan anak.  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2023 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Friska....apa tujuan mereka menaiki kayak?...untuk aktiviti seronok2 atau untuk menyeberang sungai?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2023 06:00 PM | Show all posts
noor2 replied at 8-7-2023 05:54 PM
Friska....apa tujuan mereka menaiki kayak?...untuk aktiviti seronok2 atau untuk menyeberang sungai?


Mayat mangsa ditemui kira-kira 3.3 kilometer (km) dari tempat dilaporkan hilang. - Foto JBPM

Bayi ditemukan lemas selepas dihanyutkan arus Sungai Ketil
Adie Sufian Zulkefli
Julai 8, 2023 15:05 MYT

BALING: Seorang bayi lelaki berusia setahun tujuh bulan ditemukan lemas selepas dihanyut ke dalam Sungai Ketil, Lubok Pedati, di sini hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Adryan Mikail Mohd Afiq.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling, Penolong Penguasa Bomba Mohd Jamil Mat Daud berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 12.04 tengah hari.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari BBP Baling yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Mohd Jusoh Abdul Wahab tiba di lokasi tidak lama kemudian.

"Setibanya di lokasi, Komander Operasi memaklumkan terdapat seorang bayi lelaki hanyut ke dalam sungai berhampiran sebuah tapak perkhemahan.

"Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah turut meminta maklumat dari Pasukan Bomba Sukarela (PBS) berhampiran.

"Operasi turut dibantu malim gunung dan polis, Angkatan Pertahanan Awam (APM), Persatuan Rekreasi Luar dan orang awam," katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.

Mohd Jamil berkata, mayat mangsa ditemui kira-kira 3.3 kilometer (km) dari tempat dilaporkan hilang.

Beliau berkata, mangsa ditemui oleh malim gunung dari pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang digerakkan oleh pasukan bomba.

"Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya lagi.

Bayi terbabit dipercayai terjatuh ke dalam sungai ketika bersama dengan ayahnya sewaktu menjalankan aktiviti berkayak menggunakan pelampung.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Baling, Superitendan Shamsudin Mamat berkata, mayat bayi itu ditemui penduduk kampung di Sungai Limau.

“Ketika ditemui mangsa telah meninggal dunia.

“Mayat telah di hantar ke Hospital Baling untuk bedah siasat.

Katanya, setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2023 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Maaf cakap yer, org meleis ni kalau jaga anak banyak yg cuai. Minggu lepas meols balik kampung, banyak terserempak bapak2 yg drive kereta, anak kat atas riba. Bukan jalan kampung tau. Jumpa kat highway karak, jumpa kat jalan bandar temerloh. Menyumpah meols kat bapa yg bodoh begitu.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2023 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Haih. Sedih tengok gambar.

Jangan la ikut sangat perangai kokesen yang suka bawa anak2 kecil buat aktiviti lasak2 ni dek.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2023 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah helok gemuk camtu korang pelihara, sebab malang tak berbau sendiri cari penyakit, sekelip mata saja hilang nyawa.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2023 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Either dia buat ank baru or berserai.
I wouldn't be surprised.
Lately bderet² kesah kanak² lemas.
Jadi makPak ni bukan takat mampu bg mkn pakai ja.
Common sense tu requirement no 1.
Takziah.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2023 06:16 PM | Show all posts
Friska replied at 8-7-2023 05:45 PM
Sakit dan pilu hati saya baca berita ini. Ayahnya pauk sekali! Kalau terjadi ke anak saya, bakalan s ...

tak payah cerita laki kau. orang tak nak tahu rumah tangga kau.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2023 06:17 PM | Show all posts
setuju ada bawa anak hiking ada bawa yang terjun bungee jumping. mohon dakwa parent macam ni cuai.

kalau tengok gmbr sungai tu dalam betul
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2023 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Suchi at 8-7-2023 06:21 PM

Iols kalau nampak menda2 gini iols biar je sbb bkn anak iols
Malas aku nak ingatkan org lain pasal keselamatan anak org lain kalau bapak dia sendiri pun sambil lewa je ujung2 gaduh sentap plak tuduh kita menyebuk bagai.

TAPI kalau tu anak aku, mmg jgn harap laa ye nak buat gitu.
Org nk bawak round naik motor pepetang pun iols tak bg.

Manusia ni dia kena belajar drpd kesilapan dah terhantuk baru nak terngadah.
So tak guna kita bising2 pun, kita kalau boleh tanak la suatu hari nnt terpaksa ckp gini kat dia
“ haaa kan aku dah kata…”
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2023 06:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Mohon berhenti membiak lah bapaknye lepas ni.. terpaling bangang
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2023 06:22 PM | Show all posts
ilacantik replied at 8-7-2023 06:06 PM
Maaf cakap yer, org meleis ni kalau jaga anak banyak yg cuai. Minggu lepas meols balik kampung, bany ...

sangka baik mungkin dudaberhias
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2023 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Hamish
Sampai Habis Hayat kau lah Akan dipersalahkan
Sundiri Cari pasal
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2023 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut bapak dia ni diterajang sampai mampus
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2023 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti ada netizen yg terpaling positif komen kan

“Tak boleh salahkan ayahnya dia bukan nak menda ni terjadi, ini ujian untuk dia…”

Ya takda sapa nak ank jatuh lemas dlm sungai so cemana nak pastikan baby kecik tak lemas dlm sungai?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 05:35 AM GMT+8 , Processed in 0.566431 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list