View: 930|Reply: 8
|
Macam Dah Nazak, 2 Lelaki Dera, Campak Kucing Dari Dalam Kereta Sampai Cedera Teruk
[Copy link]
|
|
Dua lelaki didakwa melakukan penganiayaan terhadap seekor kucing dalam satu rakaman tular dikongsikan di laman Twitter pada Jumaat.
Dalam video berdurasi 58 saat itu, memaparkan perbuatan kedua-dua individu terbabit yang dilihat mencampakkan haiwan berkenaan dari pintu bahagian belakang kereta.
 Gambar Hiasan
Kucing itu yang kelihatan seperti tercedera, kemudiannya tidak berganjak dari situ sebaik dilepaskan oleh lelaki terbabit.
Gusar dengan nasib kucing tersebut, si pelaku kemudiannya turun dari kenderaannya untuk memeriksa haiwan berkenaan.
Meraih lebih 4,000 jumlah tontonan, warganet menggesa agar tindakan undang-undang dikenakan terhadap kedua-dua lelaki terbabit.
"Macam dah nazak, apa yang dia buat sampai kucing itu menggeletar badan, tak bergerak dibuatnya, tolong polis segera tangkap si pelaku," kata Mustaqim Azlan.
" ihak polis tolong siasat video ini, lagi-lagi kes orang dera kucing kesian dia apa salah dia sampai diperlakukan seperti itu, kejam sungguh," ujar BuditBliss.
"Tak sanggup nak tengok tapi boleh agak yang ini mesti kes penderaan haiwan, harap sangat mereka ditangkap dan disumbat dalam penjara cepat," tambah Samantha.
Lokasi sebenar kejadian tidak dapat dipastikan buat masa sekarang dan masih belum ada sebarang kenyataan polis berhubung insiden tersebut setakat ini. -CARI
Sumber: Majoriti
|
|
|
|
|
|
|
|
Perlu ke sampai menyeksa kucing? |
|
|
|
|
|
|
|
Siapa yg binatang sebenarnya ni?  |
|
|
|
|
|
|
|
Sengaja la tu buat macam tu. Makin ramai orang sakit mental. |
|
|
|
|
|
|
|
Kucing jiran kot..asyik berak je kt rumah dia naik angin la org tu |
|
|
|
|
|
|
|
zuriey replied at 8-7-2023 08:18 PM
Kucing jiran kot..asyik berak je kt rumah dia naik angin la org tu
kalau betul pun jgn lah campak. tangkap n buang lah dgn cara letak baik2. mmg bodoh tuan kucing yg biarkn kucingnya berak n kencing merata.
sbb tu aku x bela kucing kat taman perumahan. kalau kat kampung ada lh sbb umah jauh2 n kucing boleh lepas bebas.
kdg2 tngok org bela kucing aku keliru. sapa yg jd tuan. |
|
|
|
|
|
|
|
itik_magic replied at 9-7-2023 10:59 AM
kalau betul pun jgn lah campak. tangkap n buang lah dgn cara letak baik2. mmg bodoh tuan kucing yg ...
Jiran i ni bkn takat kucing..burung n ayam hutan pun di bela nya
Entah apa faedah
Nak buka.pintu pun tak selesa bau mcm2 taik
Kalau ikut hati kejam ni mmg i bakar terus rumah dia  |
|
|
|
|
|
|
|
Supersirap replied at 9-7-2023 10:52 AM
Masalah mental ni
Oleh itu hisaplah dadah untuk mendapatkan lesen besar ini. Best woo.  |
|
|
|
|
|
|
| |
|