CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 262|Reply: 0

Jumpa Gambar, Video Tidak Senonoh Bersama Beberapa Wanita Berbeza- Isteri Kesal Suami Tawar Servis Seks Atas Talian

[Copy link]
Post time 8-7-2023 02:08 PM | Show all posts |Read mode
Seorang wanita kecewa dan kesal setelah dia mengetahui suaminya menawarkan perkhidmatan seks secara dalam talian.


Dia mula mengetahui kegiatan tidak senonoh suaminya itu ketika dia meminjam komputer riba suaminya dan ternampak notifikasi seorang wanita di aplikasi Telegram.


"Dia cakap sesuatu tentang ‘content collab’ dan diberi secara percuma sahaja. Saya dah mula keliru kerana bila pula suami saya menjadi ‘content creator’?


"Tapi saya tetap tengok apa yang ada di dalam Telegram suami dan terkejut apabila saya tengok ada ‘channel’ 18SX, lebih kurang tiga ‘channel’.




Gambar Hiasan




Wanita itu kemudian membuka salah satu saluran di aplikasi tersebut dan luluh hatinya apabila dia melihat gambar serta video tidak senonoh suaminya bersama beberapa orang wanita berbeza.


"Benda pertama yang saya nampak adalah gambar suami saya dalam keadaan yang mengaibkan dengan perempuan.


"Saya cuba menafikan bahawa itu adalah suami saya tetapi apakan daya itu memang dia. Saya tengok dari gambar hingga ke video, ya betul di dalam itu adalah suami saya bersama dengan perempuan yang berbeza-beza.


"Dari situ saya dapat tahu suami saya buat servis seks melalui Twitter dan Telegram.


Difahamkan wanita berkenaan mendakwa suaminya melakukan perkara itu sebelum mereka mendirikan rumah tangga.


Bagaimanpun, dia kini berada dalam fasa untuk melupakan apa yang berlaku dengan menganggap ia adalah satu ujian.


"Tak mengapalah saya pun dalam fasa untuk melepaskan kisah silam suami saya. Saya pun anggap perkara ini adalah satu ujian untuk saya bantu suami, walaupun jauh disudut hari saya meronta untuk dilepaskan.


Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet bersimpati dengan apa yang dilalui oleh wanita berkenaan dan mengecam perbuatan suaminya. -CARI
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2025 11:34 PM GMT+8 , Processed in 1.773435 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list