View: 3305|Reply: 47
|
Akhirnya Bertentang Mata, Impian Iqbal Nak Jumpa Inspektor Sheila Termakbul! Sedondon Macam Pengantin
[Copy link]
|
|
Impian Iqbal Zulkelfi ingin bertentang mata dengan Inspektor Sheila akhirnya tercapai apabila mereka digandingkan dalam satu sesi fotografi eksklusif bersama mStar.
Malu-malu ketika kali pertama bertemu, Iqbal tidak mengambil masa lama untuk menyesuaikan diri dengan pegawai kanan polis itu.
Malah, sepanjang sesi itu, Iqbal dan Sheila atau Sheila Sharon Steven Kumar, 35, dilihat tidak kekok bertegur sapa dan sempat bergurau mesra antara satu sama lain.
Foto: mStar
Kata Iqbal, dia mahu mengenali Sheila dengan lebih rapat dan bersedia untuk melangkah ke hubungan lebih serius jika ada jodoh antara mereka.
"Selepas berjumpa ini saya serius untuk berkawan dengan dia... saya merasakan dia seorang yang komited dan jelas dengan apa yang dimahukan.
"Saya juga tak mahu berfikir lebih, buat masa sekarang biarlah kami berkawan dahulu," kata Iqbal kepada mStar.
Dalam sesi fotografi ini, Sheila kelihatan anggun mengenakan busana pengantin berwarna hijau muda dari butik Arma Couture dan sentuhan mekap pula hasil solekan Khai Baha.
Bukan itu sahaja, Iqbal juga sempat mempelajari beberapa perkataan bahasa Tamil termasuk ungkapan 'saya sayang kamu'.
Foto: mStar
Dalam pada itu, Iqbal juga sempat meninggalkan pesanan supaya Sheila menjadi seorang yang lemah lembut supaya tidak terus menerima kecaman netizen.
"Dia cantik dan boleh jadi model. Tapi sebelum ini ramai yang kecam sebab hanya mengenali Sheila sebagai seorang wanita yang tegas.
"Saya harap dapat mengajar dia supaya lebih bersikap lemah-lembut. Tidaklah orang asyik nak kecam selepas ini," ujarnya.
Iqbal berkata dia mengikuti perkongsian wanita itu di media sosial dan percaya di sebalik sifat garang yang selalu diperkatakan tentang Sheila, ada ciri-ciri kewanitaan yang membuatkan hatinya tertarik.
Sementara itu, Sheila pula tidak menyangka dapat bertentang mata dengan Iqbal selepas nama mereka mula menjadi sebutan ramai beberapa hari ini.
Memiliki ciri-ciri khas lelaki idaman, Sheila juga tidak ada masalah untuk menjadikan Iqbal sebagai teman baiknya.
"Bila berjumpa hari ini persepsi saya terhadap Iqbal berubah. Dia kacak, ramah. Badannya pun tidaklah terlalu besar.
"Banyak lagi yang boleh saya explore tentang Iqbal. Secara peribadi dia seorang yang baik dan kami boleh berkawan.
"Setakat ini saya belum jumpa lelaki yang betul-betul menepati citarasa. Iya, saya memang seorang yang memilih," jelasnya.
Nama kedua-dua mereka mula menjadi sebutan selepas Iqbal meninggalkan komen untuk berkenalan dengan Shiela dalam satu artikel terbitan mStar sebelum ini.-CARI
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Dah macam tenuk rupa kebal dalam gambar kedua tu, memang kuat menempel kebal ni |
|
|
|
|
|
|
|
nampak sepadan pulak..ikut suka korang la bukan bleh turun harga minyak ke barang dapur ke apa.. |
|
|
|
|
|
|
|
ya tuhan, drpd kes meroyan marah2 mengamuk terus dapat job fotosut ye acik shiela nih |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti sheila ni terpaut hati tengok qibal live depan2 ensem jugak |
|
|
|
|
|
|
|
pularkkkk....aku harap korang faham! |
|
|
|
|
|
|
|
Dari kenyataan Shiela cam dia x minat jer...awal2 Iqbal dah di friendzone
Cantik juga Shiela ni. Tapi scary gak kalau dapat bini yang baran |
|
|
|
|
|
|
|
Tak kenal maka tak cinta
Selamba je dia ckp iqbal tu tak besar sgt hahahah
Idoklah bermuka2 |
|
|
|
|
|
|
|
Sedondon. Nanti anak rupa cindian |
|
|
|
|
|
|
|
Damage control jah while si kebal nak attention netizen |
|
|
|
|
|
|
|
Acik gomen boleh ke masuk media mcm ni?
|
|
|
|
|
|
|
|
Errr ok lah. Nanti iqbal nakal, sheila sebat dengan cota. |
|
|
|
|
|
|
|
Hanatttt apekah ini...achik Sheila merempan 1 Malaysia utk ini jer....hurmmm fishy sgt...1 Malaysia dialihkan perhatian kpd dia....motippp |
|
|
|
|
|
|
|
Fuhhh...apasal aku pulak berdebar2 ni....
Good luck lah Bebal... tiap2 malam achik Sheila akan mengamuk ..." Aku Inspector Polis tau...nampak tak pistol aku..."..haha |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg zaman skrg ni nak laku buat je mende bodoh.
Siap boleh photoshoot lg.
Dgn dua2 buat mende bebal.
Bagus2.
padan la budak2 sekolah pun turut sama nk buat mende2 bingai. |
|
|
|
|
|
|
|
Hahahaahahahahahhaaha |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Naftalena at 8-7-2023 01:06 AM
Rogue98 replied at 7-7-2023 11:24 PM
Fuhhh...apasal aku pulak berdebar2 ni....
Good luck lah Bebal... tiap2 malam achik Sheila akan menga ...
Pistol sheila boleh buatkan orang mati... pistol kebal pulak boleh buat orang.
|
|
|
|
|
|
|
|
inspektor sheila ni mulut je puaka...
kalau jadi cikgu disiplin dekat sekolah mesti efektif ni...
utk iqbal... udah2ler tu... takdenye yindia ni nak kawen dgn laki mcm hang...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|