View: 296|Reply: 2
|
"Pengarah Tak Nak 'Explore' Bakat Lakonan Saya" - Zizan Teruja Dapat Watak Penjahat
[Copy link]
|
|
Pelakon, pengacara, penyanyi dan pelawak, Zizan Razak menafikan dakwaan dia menolak tawaran watak penjahat (villain) kerana baginya, pengarah filem tidak mahu meneroka bakat lakonannya.
Zizan atau nama sebenarnya Mohammad Razizan Abdul Razak, 39, sebaliknya teruja menerima tawaran membawa watak penjahat (villain) buat kali pertama sepanjang 16 tahun bergiat dalam industri seni tanah air.
IG
"Apabila pengarah melihat saya sebagai pelawak, mereka tidak mahu 'explore' bakat lakonan saya dan sering menawarkan watak sebagai hero yang berunsurkan kelakar sahaja.
"Jadi daripada situ, saya mengehadkan kreativiti lakonan saya dan ada yang mendakwa saya hanya ingin membawa watak sebagai hero sampai ke sudah," katanya ketika ditemui pada Sidang Media Tayangan Eksklusif filem Merewang Keluarga Pak Awang.
Teraju utama filem Polis Evo ini mengakui jika pengarah filem atau drama tidak memberi peluang kepada pelakon, mereka sendiri tidak akan nampak sejauh mana bakat yang boleh dibentuk.
Dalam pada itu, Zizan turut menyampaikan hasratnya ingin membawa watak sebagai seorang ayah atau seorang penjahat yang lebih serius disebabkan dia tidak pernah menjiwai watak sebegitu.
"Saya sudah bersedia apabila ditawarkan watak seorang pembunuh yang kejam atau watak antagonis yang lebih serius kerana saya ingin mencorakkan industri hiburan dengan perkara baharu.
"Ini kerana saya rasa tercabar apabila ditawarkan watak yang belum pernah saya cuba dan ingin melakukannya dengan sebaik mungkin," katanya.
Ditanya mengenai penerimaan tawaran sebagai 'villain', Zizan berkata, dia bersetuju ditawarkan watak penjahat oleh pengarah filem Merewang Keluarga Pak Awang, Adlin Aman Ramlie meskipun harus membuat keputusan yang lama.
IG
"Sebenarnya, saya berfikir panjang untuk menerima tawaran ini lebih-lebih lagi sekarang memang saya gemar bersoal jawab dengan penulis lirik, pengarah, penerbit dan pihak pengurusan berkenaan watak yang ditawarkan.
"Ini kerana saya mahu hasilkan karya berkualiti dan tidak mahu penonton menganggap saya hanya 'tangkap muat' sahaja buat 'job' yang ditawarkan," kata Zizan.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Jubo lah taknak explore bakat.
Bakat apa yg kau ada bro?? Bakat berangan nak kawin dgn pelakon mix/pan asian? Tu je bakat ko kan? Dengan cara brckp bersepah berebut2, ada hati nak ckp pengarah yg taknak explore bakat dia.
Ko ingat ko versatile?? Ko tu hanyalah VersaTaik. |
|
|
|
|
|
|
| |
|