Bekas perdana menteri Itali, Silvio Berlusconi yang meninggal dunia Jun lalu pada usia 86 tahun, meninggalkan harta pusaka berbilion dolar untuk saudara dan rakan rapatnya.
Mengikut wasiat Berlusconi, dua anak sulungnya Marina dan Pier Silvio bakal mendapat manfaat paling banyak, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik Agensi Berita ANSA pada Khamis.
 Eleonora Berlusconi, Pier Silvio Berlusconi, Barbara Berlusconi, Luigi Berlusconi, Marina Berlusconi - Reuters
Kedua-dua anak hasil perkahwinan pertama Berlusconi, bakal memperoleh 53 peratus kepentingan dalam syarikat induk Fininvest.
Firma itu merupakan pemegang saham utama dalam MediaForEuropa (MFE) yang sebelum ini dikenali sebagai Mediaset dan pemegang saham majoriti penyiar televisyen Jerman ProSiebenSat.1.
Selain itu, Marina dan Pier Silvio turut memperoleh hartanah lain termasuk vila.
Tiga anak daripada perkahwinan kedua - Barbara, Eleonara dan Luigi - masing-masing menerima saham dalam Fininvest.
Berlusconi turut mewariskan 100 juta euro (AS$109 juta) setiap seorang kepada pasangannya, Ahli Parlimen Marta Fascina, 33, dan abangnya Paolo.
 Reuters
Marcello dell'Utri yang menjadi orang kepercayaan Berlusconi menerima 30 juta euro.
Dia kini sedang menjalani hukuman penjara atas kesalahan berkaitan mafia.
Sumber: BERNAMA |