View: 638|Reply: 0
|
Bell Ngasri Sangat Terharu Dapat Sokongan Orang Sabah
[Copy link]
|
|
Bell Ngasri sangat terharu dengan sokongan padu rakyat Sabah meskipun bukan negeri asalnya apabila pertama kali tercalon dalam anugerah Top 5 Artis Komedi Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 35.
Pelakon dan pelawak berusia 42 itu menyifatkan sokongan begitu amat bermakna buatnya selama lebih tiga dekad bergelar anak seni.
IG
"Terima kasih buat rakyat Sabah yang mengundi. Rasa macam nak pergi Sabah sekarang juga jumpa orang sana. Harap jangan Sabah saja, tapi rakyat dari negeri lain di Malaysia juga.
"Top 5 ini adalah satu pencapaian terbaik saya sepanjang lebih 30 tahun dalam bidang seni. Saya cuma bekerja, cari rezeki, dan bukanlah untuk populariti berada dalam bidang ini.
"Saya tetap merasa ramai lagi di luar sana yang layak. Saya sangat-sangat hargai yang mengundi, terima kasih. Saya pun tak sangka sokongan datang sebegini rupa," katanya.
Sehingga saat ini, Bell atau nama sebenarnya Ngasrizal Ngasri masih tidak menyangka bolos ke Top 5 ABPBH35.
"Jujur, saya tak pernah fikir impian ini jadi kenyataan. Sehinggalah ada wartawan bertanya soalan mengenainya kerana dari dulu setiap tahun sama saja tak pernah letak harapan.
"Tak lupa juga sokongan ibu bapa dan adik-beradik saya yang semua pun sebenarnya terkejut. Tak pernah-pernah lagi kan. Undian dan penghargaan dari peminat serta semua orang pun sudah buat saya terharu dan bersyukur," katanya.
Terdahulu, sebuah akaun di Facebook menjadi tular berkempen mengajak rakyat Sabah mengundi Bell untuk ABPBH35.
"Saya tidak pernah mengundi ABPBH ini tapi tahun ini, saya mahu kempen untuk 'Barkoba' Bell Ngasri. Bagi peluang dia menang anugerah ini tahun. Dia menghibur kita dari kecil lagi sampai sekarang.
"Dari zaman TV1 dan TV2, dia sudah menghibur kita masa dia masih kecil. Belum pernah menang anugerah," demikian kata hantaran itu.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
| |
|