CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 248|Reply: 2

Peguam Buat Laporan Palsu Diculik Selepas Terlebih Belanja Kad Kredit

[Copy link]
Post time 7-7-2023 05:08 PM | Show all posts |Read mode
Seorang lelaki mendakwa kononnya diculik dan kad kreditnya digunakan selepas terlebih berbelanja sekitar 13,000 real Brazil (RM12,505) di sebuah pusat beli-belah, disiasat pihak berkuasa.


Pada 19 Mei lalu, Rodrigo Barcelos de Oliveira dilaporkan datang balai polis di Rio de Janeiro untuk membuat laporan jenayah, memberitahu dia didatangi dua lelaki bersenjata ketika memandu di jalan Avenida das Américas sebelum dipaksa berhenti di tempat letak kereta Pusat Beli-belah Barra.




TANGKAP layar CCTV menunjukkan Rodrigo Barcelos de Oliveira berada di Pusat Beli-belah Barrad.-AGENSI





De Oliveira kemudian mendakwa salah seorang penculik itu merampas kad kreditnya dan menghabiskan masa lima jam membeli-belah, manakala seorang lagi menahannya sambil mengacukan senjata.


Peguam itu memberitahu polis, dia memberikan nombor pin kadnya selepas diugut dan penculik berkenaan menghabiskan had yang ditetapkan bank sebelum beredar dengan membawa produk yang dibeli termasuk barang kemas, telefon bimbit, dompet dan cincin perkahwinan miliknya.


Polis Rio de Janeiro segera melancarkan siasatan, tetapi ketika menyemak rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mereka melihat de Oliveira berjalan santai sambil memegang telefon bimbit dan membuat pembelian dengan kad kreditnya di 11 kedai berbeza, termasuk kedai aksesori motosikal, pakar optik dan kedai pakaian berjenama.


Menurut siasatan, peguam Brazil itu sebenarnya cuba membatalkan semua pembelian selepas membuat laporan polis berhubung kes penculikan itu akibat masalah kewangan namun bank menolak permintaannya, kerana kod pin yang betul digunakan dalam setiap transaksi.


Polis turut menjumpai kesemua barangan yang didakwa dibeli penculik di kediaman de Olivera dan peguam itu kini menghadapi tuduhan penyelewengan serta melaporkan jenayah palsu.




Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2023 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Lain kali pergi dekat Pusat Beli-belah Timor, dekat situ tak banyak orang, orang cuma balik bila raya haji dengan PRN sahaja
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2023 05:27 PM | Show all posts
kena rasuk barangkali
shopping mode on
bila da sedar diri
terus insoppppp, menyusahkan polis je buat siasatan
mangkuk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2025 11:09 PM GMT+8 , Processed in 0.122827 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list