CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 428|Reply: 0

Tragedi Lif Di Sekolah Agama- Isteri Tak Tahu Suami Maut, Terkejut Tiba-Tiba Jenazah Dihantar Ke Rumah Pada Waktu Malam

[Copy link]
Post time 7-7-2023 09:37 AM | Show all posts |Read mode
Keluarga mangsa yang maut dalam kemalangan lif di Sekolah Islam Integrasi Az Zahra Bandar Lampung, Indonesia masih tidak dapat menerima kejadian itu.


Menurut Nani, suaminya Ahmad Burhan merupakan salah seorang daripada tujuh pekerja yang maut dalam kemalangan gara-gara sebuah lif terjatuh di sekolah itu pada Rabu.


Foto: kompas




Cerita Nani, arwah suaminya keluar bekerja seperti biasa pada pagi Rabu dan dia hanya mengetahui tentang kejadian itu pada waktu malam.


Lebih memilukan, dia hanya mengetahui tentang kemalangan itu sebaik jenazah suaminya tiba di rumah mereka.


"Rabu malam baru tahu, jenazah suami tiba di rumah," kata Nani ketika ditemui pada Khamis.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bandar Lampung, Pesuruhjaya Kanan (Kombes) Ino Harianto berkata, pihaknya sudah memberikan pampasan kepada mangsa.


Ino mengesahkan bahawa polis akan menyiasat kemalangan itu. -CARI


Sumber: mStar/ Kompas.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2025 11:32 PM GMT+8 , Processed in 1.407936 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list