CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 436|Reply: 1

Lelaki Dakwa Jadi Mangsa Cabul Ibu Kandung

[Copy link]
Post time 6-7-2023 11:01 PM | Show all posts |Read mode
Washington: Seorang lelaki yang ditemui selepas dilaporkan hilang oleh ibunya lapan tahun lalu mendakwa bahawa dia dikurung oleh wanita itu di rumah mereka.


Mangsa berkata, ibunya turut memberi dadah dan menderanya secara seksual selama tempoh itu.


Portal berita MailOnline melaporkan penemuan Rudy Farias, 25, dalam keadaan kusut masai di luar sebuah gereja di Houston, Texas pada minggu lalu.


Farias menutupi badannya dengan selimut ketika diiringi Quantell. - Facebook




Ibunya, Janie Santana berkata, adalah satu keajaiban apabila anak lelakinya yang hilang ditemui semula tetapi memberitahu bahawa dia ‘tidak boleh bercakap’.


Kes itu bertukar aneh apabila Farias menuduh ibunya menahan dirinya di rumah dengan dia diperlakukan, seperti hamba. Wanita itu dikatakan memberinya ubat khayal.


Janie melaporkan kehilangan Farias pada 2015 ketika mangsa berusia 17 tahun, tetapi jiran mereka mendakwa bahawa remaja lelaki itu tidak hilang dan kerap melihatnya di rumah.


Semasa kehilangan Farias, ibunya memberitahu polis bahawa dia mengalami kemurungan dan gangguan stres pascatrauma (PTSD) sejak saudara lelakinya meninggal dunia dalam kemalangan motosikal pada 2011.


Bapa Farias yang merupakan seorang pegawai polis Houston, Rudolph Farias III meninggal dunia akibat bunuh diri pada 2014.


Farias dan ibunya bertemu dengan polis Houston kelmarin. Bagaimanapun, Farias dilihat menyembunyikan mukanya di dalam selimut ketika diiring keluar dari sebuah hotel oleh seorang kaunselor, Quanell X.


Quanell yang hadir semasa pertemuan dua beranak itu sebagai orang tengah antara keluarga dan polis berkata, Farias meminta untuk bercakap dengannya secara tertutup.


Farias mendakwa bahawa dia ditemui polis selepas mencuri kereta ibunya untuk melarikan diri. Quanell berkata, lelaki itu membawa kad kredit ibunya yang dikeluarkan dua tahun lalu.


“Jadi, jika dia hilang selama lapan tahun, bagaimana dia boleh membawa kad kredit itu di dalam poketnya?” kata Quanell sambil menambah bahawa kes itu masih dalam siasatan. – Agensi




Sumber: Kosmo! Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2023 01:55 PM | Show all posts

Baby Face Pon Lagi

Ko dah bernapsu tengok ke???  Bangsat punye makkkk!!!!!

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2025 11:31 PM GMT+8 , Processed in 0.375749 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list