|
Bekas presiden El Salvador, Mauricio Funes yang mengelak daripada membayar cukai, dipenjara enam tahun.
Agensi Berita Jerman (dpa) melaporkan perkara itu dimaklumkan pejabat peguam negara.
 Reuters
Hukuman itu dijatuhkan hanya lebih sebulan selepas Funes dijatuhi hukuman penjara 14 tahun dalam perbicaraan berasingan.
Pada Mei, bekas presiden berhaluan kiri itu didapati bersalah melakukan pakatan haram dengan kumpulan penjenayah.
Dalam perbicaraan terbaharu, bekas ketua negara itu dituduh mengelak cukai kira-kira AS$85,000. Beliau didenda AS$200,000.
Funes menerajui negara itu dari 2009 hingga 2014. Beliau kini tinggal di Nicaragua selepas menerima suaka dan kewarganegaraan. Nicaragua tidak mempunyai perjanjian ekstradisi dengan El Salvador.
Sumber: BERNAMA |
|