CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 493|Reply: 2

Pengedar Dadah Tergantung Dalam Sel Lokap Dengan Baju Tahanan Di Jeriji Besi Pintu

[Copy link]
Post time 6-7-2023 05:23 PM | Show all posts |Read mode
Pengedar dadah yang ditahan semalam, maut tergantung dengan baju tahanan di jeriji besi pintu sel lokap di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), di Nibong Tebal hari ini.


Semalam, polis menahan lelaki berusia 40 tahun itu bersama pelbagai jenis dadah bernilai RM116,000.




Gambar hiasan




Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Khaw Kok Chin berkata, polis menyedari kejadian itu pada 10 pagi, ketika pegawai bertugas membuat rondaan di sel lokap di situ, sebelum pemeriksaan mendapati lelaki yang bekerja sebagai peniaga itu telah mengantung diri.


"Kejadian itu berlaku selepas lelaki tersebut dibawa balik dari permohonan tahanan reman di mahkamah dan terdapat tiga lagi tahanan dalam sel yang sama dengan suspek, tapi mereka sedang tidur ketika itu. Pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di sel itu mendapati suspek memang mengantung dirinya.


"ihak polis telah menjalankan pemeriksaan awal mengikut prosedur ditetapkan, termasuk memanggil pihak koroner yang mengesahkan suspek mati tiada unsur jenayah. Mayat dihantar ke Hospital Sungai Bakap untuk dibedah siasat dan kes disiasat sebagai kematian mengejut," katanya pada sidang media hari ini.


Sementara itu, Khaw berkata, lelaki tersebut ditahan bersama empat lagi lelaki berusia 35 hingga 58 tahun, yang merupakan ahli sindiket pengedaran dadah dalam siri serbuan di sekitar Pulau Pinang dan Lunas, bermula 12 tengah hari semalam hingga 7 pagi hari ini.


Beliau berkata, dalam siri serbuan di Nibong Tebal, Taman Tasek Mutiara dan Seberang Perai Tengah serta Lunas itu, polis merampas 11,327 gram (g) ganja bernilai RM37,400 dan ganja sebagai mushroom atau magic mushroom seberat 1,393g yang berharga RM78,000.


"Berdasarkan siasatan, sindiket itu dipercayai memproses dadah jenis mushroom tersebut ke dalam rokok dan menjualnya dengan harga RM60 sebatang. Mereka dipercayai aktif menjalankan kegiatan tersebut sejak awal tahun ini untuk pasaran tempatan," katanya.


Beliau berkata dua daripada suspek merupakan penganggur, manakala dua lagi adalah pembantu kedai dan tukang kebun dengan semua mereka positif dadah, serta mempunyai empat hingga 22 rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah.


Khaw berkata, semua dadah itu boleh digunakan 50,000 penagih dan kesemua empat lelaki tersebut direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.


"olis turut menyita wang tunai (RM1,020), dua buah kereta dan sebuah motosikal yang kesemua bernilai RM85,520," katanya sejak Januari hingga 30 Jun, Polis Pulau Pinang menahan 7,216 suspek berkaitan kes dadah.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2023 08:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Lain kali tahanan tak yah pakai baju.


Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2023 08:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan nak rasis ya...kalau yin..., siap la pulis kena saman

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2025 11:31 PM GMT+8 , Processed in 0.058397 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list