CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 995|Reply: 14

Lelaki Pakistan Cabul Pelajar Dalam Bas Dipenjara 14 Hari, Denda RM5,000

[Copy link]
Post time 6-7-2023 03:26 PM | Show all posts |Read mode
Lelaki warganegara Pakistan dipenjara 14 hari dan denda RM5,000 atas kesalahan mencabul seorang pelajar universiti di dalam sebuah bas ekspres, Ahad lalu.


Tertuduh, Muhammad Hassan, 34, menangis teresak-esak sejak dari awal pertuduhan dibacakan, membuat pengakuan bersalah di hadapan Majistret, Kartini Kasran di Mahkamah Majistret Gemas, hari ini.


Majistret turut menetapkan hukuman 15 bulan penjara sekiranya tertuduh gagal menjelaskan bayaran berkenaan, selain tertuduh akan diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia selepas tamat menjalani hukuman berkenaan.




MUHAMMAD Hassan (tengah) dijatuhkan hukuman penjara 14 hari dan didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret Gemas, Tampin hari ini atas kesalahan mencabul seorang pelajar universiti di dalam sebuah bas ekspres pada Ahad lalu.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH.




Berdasarkan pertuduhan, pada 3 Julai lalu kira-kira pukul 11.26 malam bertempat di tempat duduk nombor 35 di dalam bas ekspres semasa berada di Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan kawasan Pedas Linggi, Rembau, tertuduh telah menggunakan kekerasan jenayah kepada seorang perempuan dengan maksud untuk mencabul kehormatannya.


Tertuduh menyentuh bahu, buah dada kiri dan memegang paha serta meraba sehingga hampir pada kemaluannya.


Oleh itu, tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana daripada dua hukuman itu.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Yap Tsu Sheng manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


Tertuduh dalam rayuannya memohon hukumannya dapat dikurangkan berikutan dia berasa sangat malu dengan perbuatannya itu selain menanggung keluarga di kampung halaman.


Bagaimanapun, Tsu Sheng dalam hujahannya menjelaskan tertuduh merupakan warga asing dan disahkan dalam Program Rekabilasi Tenaga Kerja.


“Mangsa dalam kes ini adalah pelajar universiti berusia 20 tahun. Merujuk fakta kes, mangsa dan tertuduh tidak saling berkenaan. Tindakan tertuduh telah menimbulkan satu trauma yang amat serius terhadap mangsa.


“Adalah susah untuk menyatakan bilakah trauma mangsa boleh dipulihkan. Mohon mahkamah mengambil kira kes-kes keganasan seksual memandangkan kes yang berlaku ini bukan sahaja menjejaskan tertuduh bahkan mendatangkan trauma kepada mangsa,” katanya.


Berdasarkan fakta kes, pada masa, tarikh dan lokasi yang sama, mangsa dalam perjalanan menaiki bas ekspres dari Terminal Bersepadu Selatan Kuala Lumpur menghala ke Melaka Sentral.


Sebaik sampai di kawasan Pedas Linggi, tertuduh telah menyentuh buah dada kiri serta meraba paha kiri mangsa sehingga hampir pada kemaluan mangsa dengan menggunakan tangan kanan.


Mangsa bangun dari tempat duduknya sambil menangis ketakutan dan disaksikan beberapa penumpang bas yang terdengar tangisan mangsa.


Tertuduh kemudiannya meminta mangsa untuk duduk semula dan seorang saksi kejadian yang juga penumpang telah membantu mangsa dengan menarik tangan tertuduh supaya memberi laluan kepada mangsa untuk keluar dari tempat duduk itu dan mencari tempat kosong.


Mangsa kemudiannya memberitahu kepada pemandu bas yang kemudiannya memandu ke Balai Polis Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka, untuk membuat laporan polis seterusnya menyerahkan tertuduh kepada polis.




Sumber: UTUSAN
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2023 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Knp la x tibai rmi2 dlm bas. Setakat penjara x de maknanya. Da la mkn free. Hehe
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2023 03:37 PM | Show all posts
bodoh punya pakistan! hahah tingat experience dalam lrt. hahaha mmg haru nasib baik sempat ketuk kepala dia dgn botol ..
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2023 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Bengap punya paki..masa meraba kemain, hujung2 nangis. Ingat tanahair ni macam kampung kau boleh ramai ramai gangbang? Kira nasib baik nyawa kau selamat setakat kena hantar ke balai terus. Kalau ramai rempit dalam bas tu mau patah riuk kau kena pukul silap hari bulan meninggal.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2023 04:14 PM | Show all posts
ke ada cerita disebalik nya
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2023 04:35 PM | Show all posts
anak kawan kaka yang kes cabul , dh masuk malaysia n kena tangkap. family pencabul mula2 offer duit untuk tarik kes. lepas tu tuduh kawan kaka dendam sebab anak laki dia xbalik malaysia.

actually yang cabul tu ex adik ipar kawan kaka. anak dia masih ambil ubat di hkl.

kalau ada kes cabul. termasuk pedo macam forumer cariforum sorang tu? report je.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-7-2023 04:36 PM | Show all posts
"Mangsa kemudiannya memberitahu kepada pemandu bas yang kemudiannya memandu ke Balai Polis Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka, untuk membuat laporan polis seterusnya menyerahkan tertuduh kepada polis."

good job abg driver

btw nmpk mcm helok body sedap
klu ckp elok2 gentleman mau ada yg sangkut
ni yg bodo2 pi buat gitu mmg ke dlm la jwbnya
nasib x kena pelupuh dulu je
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2023 04:56 PM | Show all posts
Tahniah Abang GRAB
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2023 04:59 PM | Show all posts
adila39 replied at 6-7-2023 07:37 AM
bodoh punya pakistan! hahah tingat experience dalam lrt. hahaha mmg haru nasib baik sempat ketuk kep ...

Eloknya cucuk aje dengan pen.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2023 05:04 PM | Show all posts
3 julai balik dari cuti raya haji la ni.
Kot2 tak dapat seat single, terpaksa duduk dengan mat paki gatal.

Tapi biasanya kalau perempuan single naik bas ekspress kena duduk sebelah lelaki, kalau dia mintak elok2 untuk tukar tempat duduk, elok je penumpang lain entertain. Kecuali dia mintak single seat la.

Ada driver bas Trans ke plusliner ke route kuantan-tbs, dia tolong tukarkan tempat duduk kalau ada perempuan request, esp trip malam. Ni cerita dah lama few years ago.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2023 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
hrp si paki kne halau dgn immi la lps tu. blacklist teros.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2023 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
apa saiya salah???..ini negara 'APA PUN BOLEH'....itu Malezia vole sudah 'cakap'...bodoh malezia worang...(pakis marah dah)
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2023 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Tingat zmn2 student dlu...dlm bas nk balik ke utara..yg balik berkapel ni bkn main lagi dok dlm 1 selimut sama2..mujur laa selamat sampai x jadi apa2 kt bas sepanjang study kt sana 3 taon
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2023 10:04 PM | Show all posts
semakin ramai pendatang asia selatan semakin tak selamat
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2023 11:19 PM | Show all posts
tokchik: ke ada cerita disebalik nya

ni kes duduk twinseat la ni. pastu perempuan tu tidur.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 02:31 AM GMT+8 , Processed in 0.169943 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list