View: 1428|Reply: 7
|
"Nak Lebih Bayarlah Dik, Takkan Free," Elly Mazlein Sound Radin Lepas Nyanyi Dua Baris Lagu Bersama Aina Abdul
[Copy link]
|
|
Radin baru-baru ini berkongsi sebuah video Aina Abdul dan Elly Mazlein yang menyanyi sebuah lagu milik Elly berjudul Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan di sebuah konti radio.
Video tersebut dikongsi menerusi akaun TikTok milik Radin sendiri.
 Foto: IG
Menerusi video tersebut, Aina pada mulanya menyanyikan rangkap pertama lagu tersebut dan dia segera meminta Elly atau lebih mesra dipanggil Kak Lina untuk menyanyikan bahagian korus lagu tersebut.
Namun selepas menyanyikan lagu tersebut dengan hanya dua baris, Kak Lina sempat ‘sound’ Radin dan juga Azad Jazmin selaku penyampai radio pada hari itu.
“Nak lebih Bayarlah Dik… Takkan free,” kata Kak Lina sehingga membuatkan Aina ketawa melihat telatahnya.
Walaupun hanya sempat menyanyikan dua baris lagu sahaja tetapi vokal yang mantap daripada Kak Lina telah mendapat pelbagai respons yang positif dan pujian daripada netizen di ruangan komen.
“Suka gila suara Elly Mazlein. Serak-serak manja gittu. Terbuai dengar. Only one Elly Mazlein
“Lagu dia gais. Memang dia lah yang paling best nyanyi. Takde tanding. Love teruk
“Sebelum Kak Lina sambung lagi saya dah cakap dalam hati, kemerduan lagu ni hanya ada kat kak Lina. Sekali dia nyanyi, yessss!” Tulis netizen. -CARI
Sumber: XTRA |
|
|
|
|
|
|
|
Sapa buat lagu ni eh? Lirik orang dulu2.. fuh! |
|
|
|
|
|
|
|
aammyy replied at 6-7-2023 02:49 PM
Sapa buat lagu ni eh? Lirik orang dulu2.. fuh!
Memang la lirik org dulu2 sbb lagu ni dah lama tahun 90an azmeer komposer  |
|
|
|
|
|
|
|
Lirik dulu best. Iols dlu kecik dgr lagu tp xmndalami mksd bila skrg dgr balik lagu2 kak jena jen lirik best2 belaka |
|
|
|
|
|
|
|
yelah kepon watevahhhhhhhhhhhhhhhhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
Huh?? Ni cerita lama, like sebelum big stage bermula |
|
|
|
|
|
|
| |
|