Pemilik kedai menjual ayam di kawasan Jabur Kubur, Jalan Air Putih di Chukai terkejut apabila menemui bayi perempuan yang cukup sifat dan masih bertali pusat ketika mahu memulakan perniagaan, hari ini.
Bayi yang yang masih hidup itu dipercayai dilahirkan dalam tempoh tiga atau empat hari sebelum ditemui pemilik kedai jam 7.50 pagi.
 BAYI perempuan yang ditemui di kedai menjual ayam di Jalan Air Putih. FOTO Ihsan pembaca.
Mengesahkan penemuan itu, Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, bayi yang dianggarkan seberat 3.2 kilogram itu dibawa ke Hospital Kemaman untuk pemeriksaan lanjut
"Bayi berada dalam keadaan sihat dan kita sedang giat mengesan suspek yang membuang bayi terbabit," katanya ketika ditemui pemberita di Pusat Kawalan Operasi di Balai Polis Air Putih di sini hari ini.
Hanyan berkata, pihaknya sudah menghubungi klinik-klinik awam dan swasta di daerah ini dan meminta memaklumkan segera kepada polis sekiranya ada menerima pesakit yang baharu melahirkan bayi.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran," katanya.
SUmber: Harian Metro |