CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 247|Reply: 0

TSC 'terkubur' tiada penaja

[Copy link]
Post time 6-7-2023 09:17 AM | Show all posts |Read mode

PASUKAN TSC mengharumkan negara dalam sukan berbasikal.

Kuala Lumpur: Hari menyedihkan bagi peminat berbasikal Malaysia apabila Team Sapura Cycling (TSC) - pemenang jersi kuning Le Tour de Langkawi (LTdL) 2019 dan 2020 mengesahkan pasukan itu kini dibubarkan.

Pengasas pasukan Sayuti Zahit berkata, beliau tidak mempunyai pilihan selain membubarkan pasukan kerana gagal mendapatkan tajaan baharu selepas penaja utama iaitu Sapura menamatkan penajaan pada Februari lalu.

"Penaja utama kami (Sapura) memaklumkan pada penghujung tahun lalu mereka tidak dapat menaja kami lagi musim ini kerana perlu mengurangkan kos.

"Kami cuba mencari penaja baharu sejak akhir tahun lalu dan menghubungi lebih 500 syarikat tetapi tidak berjaya. Kami menggunakan baki dana sejak Februari namun ia tidak mudah. Kami memerlukan sekurang-kurangnya RM3 juta untuk mengendalikan pasukan setiap tahun.

"Akhirnya saya terpaksa membuat keputusan membubarkan pasukan bulan lalu kerana kami sudah tiada pilihan. Minggu lalu adalah kali terakhir kami bersama sebagai satu pasukan."

Sayuti mengasaskan pasukan itu pada 2017 dan selain memenangi dua jersi kuning LTdL, Sapura turut pernah memenangi jersi merah menerusi Nur Aiman Zariff pada 2020.

Mereka menamatkan musim 2020 sebagai pasukan nombor satu dalam ranking UCI Asia Tour.

Antara pelumba yang digilap Sapura sepanjang enam tahun beroperasi adalah Zawawi Azman, Nur Aiman Rosli, Akmal Hakim Zakaria, Muhsin Al Redha Misbah, Saari Amri Abd Rasim, Shaiful Adlan Shukri, Yusri Shaari and Saari Amri Rasim.

Sayuti mengakui kecewa kerana tiada syarikat yang sudi menyokong mereka sebagai penaja selepas apa yang mereka capai.

"Banyak kejayaan kami sudah capai sebagai satu pasukan, mempunyai rekod prestasi kukuh namun kami gagal mendapatkan penaja dan ia amat mengecewakan," tambahnya.

"Daripada 500 lebih syarikat yang kami temui kurang daripada satu peratus menunjukkan minat. Syarikat di Malaysia seolah-olah hanya berminat untuk menaja sukan seperti badminton dan bola sepak walaupun sumbangan dalam sukan berbasikal juga besar.

"Tambah Sayuti, beliau kini sedang berusaha untuk menyerapkan pelumba pasukan itu ke dalam skuad Tentera Laut Diraja Malaysia melalui program berbasikal mereka.

"Adalah menyedihkan melepaskan mereka (pelumba) kerana kami membangunkan mereka menjadi pelumba kompetitif yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa tetapi kami tiada pilihan," kata Sayuti.

"Kami cuba memasukkan kesemua 11 pelumba kami ke dalam program Tentera Laut. Ini akan membolehkan mereka meneruskan kayuhan sambil bekerja."

Sayuti yang juga melatih pasukan kebangsaan pada Sukan Sea Kemboja pada Mei lalu, mendedahkan dia mungkin akan berehat daripada sukan itu dan menumpukan pada perniagaan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... rkubur-tiada-penaja
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 05:05 AM GMT+8 , Processed in 0.147378 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list