CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 455|Reply: 3

'Tolonglah Jangan Ikut Perasaan Jatuh Fitnah' - Zulin Aziz

[Copy link]
Post time 5-7-2023 04:24 PM | Show all posts |Read mode
Pelakon Zulin Aziz antara rakan selebriti yang bersetuju dengan tindakan pelawak Shuib terhadap netizen yang menyebarkan fitnah di laman sosial melibatkan dirinya dan arwah isteri, Siti Sarah.


“Tolonglah jangan sesuka hati menulis, kongsi benda ikut perasaan dan jatuh fitnah ni. Kita tak kenal secara peribadi, kita cuma main agak-agak, main rasa… lepas itu kita tulis menuduh orang macam kita kenal dia siapa.




IG




“Makin meniadi-jadi kat media sosial ni. Makin lama makin seronok menulis, komen, mencemuh orang. Tak boleh ke kalau tak suka, duk diam! Kenapa nak jadi manusia terpaling?


“Tak ada siapa paksa untuk kita suka pun, tak perlu pun nak komen apa-apa sebab kita siapa? Kita kenal pun tidak,” tegas Zulin.


Zulin turut berpesan agar semua orang lebih berhati-hati dan fikir dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan atau menyebarkan berita di laman sosial.


“Asal ada isu laju saja nak tulis apa-apa… dan nak jadi manusia terpaling, terawal… macam-macam fitnah keluar kat media sosial ini. Hati-hati sebelum bercakap dan menulis sesuatu. Fikir kesan dia, haih.


“Tak suka, diam sajalah. Tak payah fitnah, tak payah nak beritahu kau tak suka dan mengajak orang lain setuju sama. Tak ada motif sebab dia pun bukan kenal kau. Tak penting pun perasaan tak suka kau kat mana-mana pihak,” katanya.




  



Terdahulu, Shuib akhirnya bertentang mata dengan seorang pengguna media sosial yang disifatkan telah memfitnahnya menerusi satu hantaran si Facebook kurang 48 jam lalu.


Pertemuan santai Shuib dan penyebar tersebut, Zulhairi Abu Osman, 35, membuahkan hasil yang manis apabila
individu itu secara terbuka memohon maaf di atas tindakan keterlaluannya.


Bagaimanapun, Shuib tetap akan meneruskan tindakan undang-undang terhadap seorang lagi penyebar fitnah yang dikenali sebagai John Dihani.




Sumber: Gempak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2023 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
OK Zulin...
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2023 04:33 PM | Show all posts
...Tolonglah jangan sesuka hati menulis, kongsi benda ikut perasaan dan jatuh fitnah ni. Kita tak kenal secara peribadi, kita cuma main agak-agak, main rasa… lepas itu kita tulis menuduh orang macam kita kenal dia siapa....

Bercakap depan cermin ke nok? Yang selalu post ikut perasaan tu kau, terdampar nak bagitau, gersang nak bgtau, gaduh nak bgtau, tengah gatal bijik nak bgtau, sikit2 nak hint, sikit2 kekonon privacy, hujung2 canang satu kampung, pastu malu sendiri.... itu bukan fitnah, itu memintakkkk ye.. so, diam je lah juling oii.. kau dah takde product seni diam je..



Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2023 06:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Sembang!! Time membe dia kena saman sebab mulut longkang fitnah org pndai plop ye backup membe 2.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 06:29 PM GMT+8 , Processed in 0.049582 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list