View: 1254|Reply: 9
|
Mayat Lelaki Indonesia Berbungkus Dalam But Kereta Terbiar Tepi Jalan
[Copy link]
|
|
Penduduk Taman Sri Orkid Seksyen 30 digemparkan dengan penemuan mayat berbungkus di dalam but sebuah kereta yang sudah beberapa hari ditinggalkan di tepi jalan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam Superintendan Ramsay Anak Embol mengesahkan pihaknya menerima laporan daripada orang awam yang tercium bau busuk daripada Honda City berkenaan.
 Majoriti
"Kejadian disedari orang awam jam 3.25 petang semalam, selepas tercium bau busuk daripada Honda City yang sudah berada di situ sejak dua hingga tiga hari lalu.
"Siasatan awal mendapati, mangsa berumur 47 tahun. Semakan juga mendapati, kereta itu didaftarkan atas nama mangsa.
"Mayat dibawa ke Hospital Shah Alam untuk proses bedah siasat," katanya pada kenyataan hari ini.
Susulan itu, katanya, polis menahan empat suspek termasuk seorang wanita, jam 7 malam tadi berhampiran lokasi kejadian.
"Kesemua suspek yang juga warganegara Indonesia berumur 40-an direman bermula hari ini hingga 10 Julai bagi membantu siasatan.
"Siasatan awal mendapati, ada kemungkinan bermotifkan cemburu tetapi ia masih dalam siasatan.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Mohammad Khairi di talian 012-2666025.
Beliau turut mengulas dakwaan maklumat yang tular di media sosial bahawa mayat lelaki warga Indonesia itu ditemukan adiknya sendiri.
"Setakat ini, polis terima maklumat daripada orang awam yang menghubungi bilik gerakan berkaitan penemuan mayat itu," katanya.
Terdahulu, tular di media sosial tangkap layar gambar mayat berbalut plastik hitam di but kereta yang terbuka di tepi jalan.
Terdapat komen pada tangkap layar itu yang mendakwa, mayat mangsa ditemukan oleh adiknya sendiri.
Sumber: Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
Seramnya zaman skarang ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Yindon pon dah mampu pakai H ouuiii. |
|
|
|
|
|
|
|
fuiyohhh yindon pakai keta H komeeee uiii 
tp tak heran pun.. deme banyak je dhuet tu. cleaner meols pun bulan2 rm4.5K cuci rumah orang saje, dgn takde potong pcb bagai... mewah uiii |
|
|
|
|
|
|
|
perghhh. kaya eh diorang dok sini. H tuuuuu |
|
|
|
|
|
|
|
kalau kereta tu kereta sewa, kesian le owner tu ya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak. kereta didaftarkan atas nama sendiri
|
|
|
|
|
|
|
|
Jual kat besi buruk atau kedai potong pun belum tentu laku..unless tokey jenis hati kering. |
|
|
|
|
|
|
|
kete didaftarkan atas nama mangsa..
|
|
|
|
|
|
|
|
Indon kerja profesional kat sini kot? Pakai honda city |
|
|
|
|
|
|
| |
|