CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 193|Reply: 0

Saya 'Dibunuh' Rumput Wimbledon - Venus Williams

[Copy link]
Post time 5-7-2023 02:39 PM | Show all posts |Read mode
Venus Williams terkilan apabila gagal mara pada pusingan pertama kejohanan tenis berprestij, Wimbledon semalam.


Williams diberi tiket wild card (jemputan) untuk beraksi, namun itu tidak memberi kelebihan kepadanya apabila kalah 4-6, 3-6 kepada Elina Svitolina dari Ukraine.




GETTY




Bekas pemain No. 1 dunia berusia 43 tahun itu tergelincir dalam kesakitan ketika ketinggalan 1-2 di set kedua, memaksanya membalut lutut kanan untuk meneruskan permainan.


Ketika menghampiri jaring untuk melakukan voli, Williams hilang imbangan dan jatuh sambil menjerit.


“Rumput memang licin dan anda boleh jatuh pada bila-bila masa. Ia nasib malang yang menimpa saya kali ini selepas memulakan permainan dengan sempurna.


“Saya benar-benar bermula dengan baik, namun ‘dibunuh’ oleh rumput. Saya rasa berada dalam prestasi hebat ketika menyertai kejohanan ini, namun sekarang sudah tidak seronok lagi,” Williams.


Legenda Amerika Syarikat itu yang membuat kemunculan sulung pada 1997 beraksi di Kelab All England untuk kali ke-24, penampilan terbanyak buat mana-mana pemain dalam era Terbuka.


Sementara itu, Svitolina yang baru berusia dua tahun ketika Williams beraksi buat kali pertama di Wimbledon mengakui, terkejut dengan insiden yang menimpa pemilik 10 kejuaraan Grand Slam itu.


“Dia bangkit untuk meneruskan permainan, dia juara sejati. Dia berjuang dan memberi segala-galanya,” katanya.




Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 02:32 AM GMT+8 , Processed in 0.037765 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list