View: 977|Reply: 12
|
Peserta Kursus PGA Tiba-tiba Rebah, Sawan Dan Meracau Dipercayai Meninggal Akibat Strok Haba
[Copy link]
|
|
Strok haba dipercayai menjadi punca kematian peserta kursus asas Pasukan Gerakan Am (PGA) Siri 1/2023 di Pusat Latihan PGA (PLPGA) Ulu Kinta, Ipoh, semalam.
Mengesahkan mengenai kematian itu, Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri ketika dihubungi hari ini bagaimanapun berkata, bedah siasat terhadap Konstabel Muhamad Irfan Irham Badrul Hisam, 21, masih dijalankan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), pagi ini bagi mengetahui punca sebenar kematiannya.
 Kosmo
Sementara itu, Komandan PLPGA Ulu Kinta, Superintendan Mohammad Hafiz Kadir ketika dihubungi media malam tadi berkata, Muhamad Irfan dari Cawangan Kompeni Demo Pusat Latihan PGA, baharu sahaja beberapa hari melapor diri sebagai peserta kursus iaitu sejak Ahad lalu.
Katanya, berdasarkan maklumat diperoleh dari rakan Muhamad Irfan Irham, dia mula mengadu mengalami kekejangan kaki kiri sejak malam kelmarin.
Beliau berkata, bagaimanapun ketika mengikuti kelas petang semalam, pelatih itu tiba-tiba rebah dan diserang sawan serta dalam keadaan meracau.
"Anggota perubatan memberi bantuan awal dan segera membawanya ke Klinik Kesihatan Tanjung Rambutan untuk rawatan lanjut.
"Ketika di klinik, doktor bertugas beberapa kali melakukan bantuan pernafasan (CPR), namun pelatih itu disahkan meninggal dunia kira-kira jam 5 petang.
"Berdasarkan daripada laporan awal doktor di klinik kesihatan berkenaan, punca kematian pelatih itu adalah dipercayai akibat strok haba," katanya.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Cuaca mmg panas lain mcm skrg. Jgn main2 dgn strok haha. It real bkn teori konspirasi. |
|
|
|
|
|
|
|
Kurangkan la aktiviti siang. Panas lain macam tu. Kesian budak2 |
|
|
|
|
|
|
|
Ada aktiviti tgh2 panas ke cane..? |
|
|
|
|
|
|
|
Janganlah Main2 dgn stroke haba ni.. Aku kalau panas mmg tak kan ke mana..
Sampaikan best friend merajuk ckp ajak pi pulau tak nak.. Lepak2 hotel boleh pulak.. Pulau tu memang best.. Tapi travel jauh2, pastu nak menunggu, nak naik feri/boat tu yg aku tak tahan.. Pastu kena pulak pulau yg memang ada timing je pasang electricity, lagilah bahang oi... |
|
|
|
|
|
|
|
Pastu sekolah buat plak sukan skrg
|
|
|
|
|
|
|
|
Malaysia sudah menjadi semakin panas untuk orang Malaysia sendiri.
Sejak mereka kenal aircond.
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku migrain kalau panas melampau ni. Salam takziah kesian tgk org yg keja kena berpanas sekarang |
|
|
|
|
|
|
|
tu la aku ingat lg dulu2 naik datsun tonggek takde ekon
rilek je bukak tingkap
skrg ni start je kereta mesti bukak ekon dulu papehal pun
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau mcm ni kerajaan bayar duit tak dekat keluarga ? |
|
|
|
|
|
|
| |
|