CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 495|Reply: 3

Ernie Zakri Rimas! Kesian Peminat Fanatik Suka Buang Masa Banding-Bandingkan Dirinya Dengan Artis Lain

[Copy link]
Post time 5-7-2023 02:07 PM | Show all posts |Read mode
Ernie Zakri tenang walaupun perlu berdepan dengan peminat fanatik selebriti lain yang gemar membandingkan dirinya dengan artis kegemaran mereka.


Rimas tapi dia tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan kerana menyedari ada antara peminat itu masih muda.


Foto: IG




"Rimas memang rimas tapi kasihan pun ada, saya rasa macam sudah-sudahlah, kenapa nak buat perbandingan dan pergaduhan?


"Tapi bila fikir balik, saya anggap ia perkara yang biasa kerana setiap orang ada kebebasan menulis dan mereka akan sentiasa bercakap. Saya tak boleh nak hentikan perkara itu.


  



"Apa yang saya boleh buat cuma balas semula dengan benda yang baik sebab kita tak tahu yang buat itu kadang budak-budak baru 16 atau 17 tahun," katanya kepada mStar.


Dalam pada itu, Ernie juga menganggap peminat yang agresif itu hanya ingin mempertahankan penyanyi kegemaran mereka.


Namun dia meminta agar peminat berkenaan tidak meninggalkan komen yang boleh menyakitkan hati orang lain.


  



"Kalau dulu saya dapat komen-komen macam itu mungkin rasa tak seronok. Tapi bila fikir balik, peminat sebenarnya menyayangi penyanyi mereka.


"Saya tak kisah kalau mereka nak pertahankan penyanyi mereka tapi kalau sampai caci maki saya tak rasa ia bagus.


"Apabila saya rasa ia keterlaluan baru saya kata... sebab media sosial saya bukan untuk kongsi kerjaya sahaja tapi berkomunikasi dengan peminat," katanya lagi.


  



Kata Ernie, tindakan peminat itu seolah-olah membuang masa dan tenaga kerana hubungannya dengan rakan artis lain dalam keadaan baik.


"Saya ini kadang kasihan dengan peminat, mereka tak tahu kita ini ada hubungan baik dengan rakan-rakan artis. Alhamdulillah.


"Mereka ini peminat yang terlalu bijak sehingga sanggup buang tenaga dan buat sakit hati sendiri sedangkan kita dengan penyanyi itu baik saja.


"eminat seperti itu adalah normal cuma penyanyi itu sendiri yang kena pilih nak jadikan ia sebagai apa. Kita nak jadi macam mereka atau sebaliknya," ujarnya.


  



Sebelum ini, Ernie tercalon dalam senarai Top 5 bagi kategori Penyanyi Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 35.


Namun disebalik kegembiraan penyanyi berkenaan terdapat netizen yang seolah-oleh menyindir Ernie dengan menyatakan hanya ahli keluarga sahaja yang mengundi dirinya. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2023 04:24 PM | Show all posts
memang biasa la tu karat2 retis...

macam zoners dan ena abedul punya fans...

especially majoriti fanclub tersebut adalah terbuat dan terbina dari spesis pondan2 taksub yang hidup di dalam dunia khayalan verangan nak jadi retis tu siap terjerit2 menyanyi macam katak panggil hujan... terloncat2 mengalahkan retis deorang buat persembahan...

Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2023 09:07 AM | Show all posts
sabar la ek ernie ko diam2 je jaga anak n bini ko ek
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2023 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
rosedemon replied at 6-7-2023 09:07 AM
sabar la ek ernie ko diam2 je jaga anak n bini ko ek

Reporter tanya.  Sheols response.
Meols tgok video interview tu okay jahh. Sopan dan tertib ja sheols jawab.  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 07:10 AM GMT+8 , Processed in 0.035068 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list