CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 210|Reply: 0

[Sabah] Jabatan Penjara Sabah hampir capai standard penjara dunia

[Copy link]
Post time 5-7-2023 01:30 PM | Show all posts |Read mode


CEMERLANG: Nordin menyampaikan sijil penghargaan kepada salah seorang penerima.



KENANGAN: Nordin dan kakitangannya merakamkan gambar kenangan selepas majlis APC terbabit.

KOTA KINABALU: Jabatan Penjara Sabah merekodkan pencapaian memberangsangkan apabila hampir mencapai tahap standard yang ditetapkan penjara antarabangsa.

Ketua Pengarah Penjara Datuk Nordin Muhamad berkata kadar pemenjaraan di Jabatan Penjara Sabah kini mencatatkan hanya 104 berbanding bilangan 145 yang ditetapkan mengikut standard dunia daripada keseluruhan 100,000 penduduk.

“Kadar kesesakan di Penjara Sabah juga mencatatkan -3 berbanding 20 peratus daripada kapasiti ruang penjara mengikut standard dunia.

“Begitu juga dengan kadar residivis atau kemasukan banduan berulang di Penjara Sabah yang kini mencatat hanya 16 berbanding 20 peratus yang ditetapkan dalam standard dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Jabatan Penjara Malaysia Zon Sabah di Dewan Teratai Institut Latihan Perindustrian (ILP) Sepanggar di sini semalam.

Beliau bagaimanapun berkata Jabatan Penjara Sabah mencatatkan populasi reman sebanyak 29 peratus iaitu melebihi kadar ketetapan antarabangsa.

“Jabatan Penjara Sabah juga akan menjalankan pelbagai program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) termasuklah program Parol, Rumah Perantaraan, Pusat Kejadiran Wajib, Pusat Pemulihan Pemasyarakatan (PPP) atau Program Reintegrasi Penghuni (PRP), Pelepasan Awal 14 hari, Program ‘Corporate Smart Internship’, Program Reintegrasi Penghuni Industri (PRPI) dan Pelepasan Banduan Secara Berlesen (PBSL) berikutan PDK Jabatan Penjara Sabah hanya mencapai 32.3 daripada 66.7 peratus daripada kadar ditetapkan.

“Bagi mencapai keseluruhan ketetapan antarabangsa ini tanggungjawab bukanlah semata-mata terletak pada Jabatan Penjara tetapi melalui penglibatan pelbagai agensi serta masyarakat untuk memastikan keberkesanan kejayaan ini,” katanya.

Sementara itu Pengarah Penjara Sabah dan Labuan Nora Musa berkata seramai 144 kakitangan Penjara Sabah dan Labuan memperoleh penghargaan selepas mempamerkan prestasi kerja cemerlang sepanjang 2022.

“Penganugerahan ini menunjukkan bahawa pengorbanan dan sumbangan yang diberikan oleh kakitangan Penjara Sabah dan Labuan  semasa berkhidmat adalah dihargai dan tidak pernah dilupakan oleh jabatan khususnya dan kerajaan amnya.

“Semoga APC ini akan memberikan motivasi kerja dan impak positif kepada semua kakitangan dalam membentuk ekosistem pekerjaan yang cemerlang dan selaras dengan halatuju jabatan dalam melaksanakan tanggungjawab terbaik kepada rakyat.

“Jabatan Penjara juga akan menjalankan penambahbaikan berterusan sama ada dari segi sistem, peraturan, proses kerja, serta penghasilannya agar benar-benar memberikan manfaat kepada rakyat,” katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 02:49 PM GMT+8 , Processed in 0.063614 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list