CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2625|Reply: 39

Banduan Di Penjara Utara Semenanjung Dakwa Didera Warden, Dipaksa Bogel Nak 'Kopek Durian', Berhari Tak Mandi, Makan Nasi Basi

[Copy link]
Post time 5-7-2023 11:47 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Sekumpulan 125 banduan di sebuah penjara dekat utara Semenanjung yang mendakwa didera warden, menandatangani petisyen bagi menggesa kerajaan menyiasat dan mengambil tindakan.


FMT melaporkan ini kali kedua petisyen seumpama itu dihantar berikutan timbul dakwaan penderaan di satu lagi fasiliti itu di negeri sama.


Banduan terbabit menulis draf petisyen itu lalu menyerahkan kepada peguam mereka, Husaini Abdul Rashid, menerusi dua rakan yang dibebaskan dari penjara baru-baru ini.


Gambar Hiasan




Tahun lalu, Husaini pernah membuat laporan berhubung dakwaan berlaku penderaan terhadap banduan tetapi Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Penjara sampai ke hari ini belum memberi sebarang maklum balas.


Menurut dua banduan yang dibebaskan, mereka mendakwa didera dengan dipukul menggunakan paip polivinil klorida (PVC) dan objek tumpul kerana berbual serta kononnya ingkar ketika hadir sesi perhimpunan.


Banduan terbabit turut mendakwa pihak warden bertindak menyembunyi paip berkenaan sewaktu lawatan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) ke fasiliti itu.


"Jika mereka mendengar Suhakam atau orang lain mahu datang membuat pemeriksaan, mereka menyorok paip-paip itu," dakwanya.


Selain dikenakan hukuman kerana berbual, mereka juga mendakwa tahanan reman sering kali dilayan diperiksa di bahagian rongga badan apabila pulang dari mahkamah kerana disyaki cuba menyeludup dadah.


"Kami diarahkan baring secara berbogel di atas lantai untuk 'kopek durian' (mengepak punggung)," dakwanya sambil menjelaskan layanan buruk itu dialami mereka yang dalam tahanan reman.


Bekas banduan itu turut mendakwa bekalan air terhad dalam penjara menyebabkan mereka tidak dapat mandi selama lapan hari, termasuk sukar membersihkan diri selepas membuang air besar dan mengambil wuduk.


Mereka mendakwa makanan dihidangkan atas pinggang berkulat dan diberikan nasi basi dan sepotong kecil ikan kukus.


Jika ada tahanan yang mengadu, mereka mendakwa akan dihukum oleh warden penjara sama ada dipukul atau dikurung seorang diri.


Dakwaan lain adalah mereka dinafikan waktu rehat untuk bersenam atau membaca, selain tidak diberi rawatan sewajarnya jika sakit.


Ketika artikel ini disiarkan, FMT telah menghubungi pengarah penjara negeri terbabit termasuk Ketua Pengarah Penjara, Datuk Nordin Muhamad untuk mendapatkan maklum balas. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2023 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Banduan...biasa la..lain la ko bakal pmx,sakit jer terus masuk spital.siap berkerusi roda lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2023 12:30 PM | Show all posts
ko hengat ko najib ????
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2023 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Najib x pernah complain kena kopek durian pun bila balik dari mahkamah
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2023 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Ha blm lg duduk dkt penjara Guantanamo. Lg azab beb.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2023 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Selayaknya lah pesalah dadah! Perosak bangsa lagi nak minta layanan kelas satu. Btw kalau best sangat penjara tu, semua orang lah nak masuk penjara takyah susah2 kerja
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-7-2023 12:41 PM | Show all posts
jangan masuk penjara, jangan buat jenayah jangan hisap dadah
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2023 12:53 PM | Show all posts
iols selalu terbaca komen kutip sabun di facebook... mmg dalam jel ni tempat halal utk liwat meliwat ke??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2023 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Lain mcm layanan compare dgn Singapore. Ada satu program tu tunjuk mcm mana life dkt penjara Singapore. Seronok je nmpk. Banduan pun nmpk happy. Siap interview keja lg utk persediaan keluar penjara nanti.Beyond Security apa ntah nama doku tu.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2023 01:19 PM | Show all posts
kopek macam ni ke chuolss para banduan manja sekalian?



atau macam gini?



kena seluk macam ni ke?



atau kena forcep macam ni?



takpun macam ni?



atau chuols semua nak macam ni? pilih!!


Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2023 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
hudalarva replied at 5-7-2023 12:53 PM
iols selalu terbaca komen kutip sabun di facebook... mmg dalam jel ni tempat halal utk liwat meliwat ...


Dulu tengok interview ameng penyanyi. Gaya ckp mcm mengiyakan benda tu berlaku
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2023 01:30 PM | Show all posts
prison is a scary place. patutnya the thought of kena penjara tu dah deter org dr buat jenayah. berani buat berani tanggung ler
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2023 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Sian pula. Semoga Najib baik2 je dlm penjara
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2023 02:12 PM | Show all posts
cash sebab buat jahat kat orang??
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2023 02:15 PM | Show all posts
Yoonggi: prison is a scary place. patutnya the thought of kena penjara tu dah deter org dr buat jenayah. berani buat berani tanggung ler

kalau kesalahan atas pagar macam mana ?
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2023 02:22 PM | Show all posts
mojarean_X replied at 5-7-2023 05:33 AM
Sian pula. Semoga Najib baik2 je dlm penjara

aku saspek penjara utk najib tu ala2 bilik sewa rm1000 sebulan. ada tilam empuk, bilik mandi sendiri, menu pun sedap2. ada lampu study, meja study dan library.
Dia kan sedang sambung belajar.kuikuikui
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2023 02:33 PM | Show all posts
iols tgh confuse pasal kopek durian... sampai kene baca balik article atas tu.. kali ke 3 baca baru dpt tangkap.. part dadah tu.. kan byk laporan kata dlm penjara pun senang dpt bekalan dadah kan.. mungkin sbb ni lah acara kopek durian ni dibuat.. kadang ahli keluarga pelawat sendiri bawa bekalan... lagi dahsyat... adoiii ko nak layanan mcm mana la pulak... deme warden penjara.. bukan warden asrama.. dah le dlm ramai2 yg duk situ ko nak dia berlemah lembut ke.. mesti ade yg buat perangai.. tu yg kene standby dengan batang paip pvc utk yg ketegak tuu

kalo x.. org masuk penjara ni x insap2 nanti
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2023 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
kopek durian tu mcm mane, dieorg kne korek dubur sesame sendiri ke , xphm
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2023 02:40 PM | Show all posts
selayaknya didera dlm penjara...warden penjara pun bosan layan karenah banduan hari2..jahat, busuk, sampah masyarakat...

jgn buat jenayah, itu je
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2023 02:52 PM | Show all posts
Bekas banduan gen-Z ke ni. Banyak betul benda tak puas hati.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 02:28 AM GMT+8 , Processed in 0.722268 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list