View: 170|Reply: 0
|
Real ikat Vinicius dengan klausa RM5 bilion
[Copy link]
|
|
Penyerang Real Madrid dari Brazil, Vinicius Junior (kiri) akan menjadi tonggak utama jurulatih Carlo Ancelotti selepas pemergian Karim Benzema ke Arab Saudi. – Foto AFP
MADRID: Vinicius Junior dilaporkan menandatangani kontrak baharu bersama Real Madrid hingga 2017.
Perjanjian baharu pemain sayap itu termasuk klausa tebus kontrak bernilai 1 bilion euro (RM5.05 bilion), yang dikatakan bagi mengelak kelab Arab Saudi daripada mendapatkan khidmatnya, lapor akhbar AS.
Ia satu proses yang lama untuk memujuk pemain antarabangsa Brazil itu menandatangani kontrak baharu, dengan rundingan dilakukan sejak September tahun lalu.
Bagaimanapun pemain berusia 22 tahun itu akan kekal di Real, kelab yang menyaksikan dia mengukuhkan dirinya sebagai seorang pemain terbaik dunia.
Sejak tiba dari Flamengo pada 2018, Vinicius bermain 225 kali bersama Real dan menjaringkan 59 gol serta 64 umpanan gol.
Vinicius menjaringkan gol kemenangan menentang Liverpool pada final Liga Juara-Juara 2022 dan dia sudah memenangi kejuaraan La Liga dua kali serta Copa del Rey sekali.
Di peringkat antarabangsa, dia beraksi 23 perlawanan bersama Brazil dan meledak tiga gol.
Selepas perpindahan Karim Benzema ke Al-Ittihad, Vinicius dijangka menerima tanggungjawab lebih besar di Real.
Status Vinicius di kelab itu terbukti dengan hakikat dia baru-baru ini diberikan jersi nombor 7 selepas Eden Hazard meninggalkan pasukan itu.
Real Madrid sudah mengikat Jude Bellingham dari Borussia Dortmund dalam satu perjanjian berprofil tinggi manakala penyerang Joselu hadir secara pinjaman dari Espanyol. – AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... n-klausa-rm5-bilion |
|
|
|
|
|
|
| |
|