View: 158|Reply: 0
|
Rice jalani ujian perubatan di Emirates
[Copy link]
|
|
Declan Rice sudah lama diminati pengurus Arsenal, Mikel Arteta yang kagum dengan corak permainannya. – Foto AFP
LONDON: Kapten West Ham, Declan Rice akan menjalani pemeriksaan perubatan sebelum melengkapkan perjanjian bernilai £105 juta (RM621 juta) ke Arsenal selepas kedua-dua kelab mencapai persetujuan penuh susulan kemelut perpindahannya.
Kedua-dua kelab London itu tawar-menawar mengenai struktur pembayaran £100 juta (RM592 juta) pertama.
Namun mereka kini bersetuju dengan bayaran dilunaskan menerusi tiga ansuran dalam tempoh 24 bulan dengan Rice kini akan menjalani pemeriksaan perubatan sebelum menandatangani kontrak.
Terma peribadi dengan bayaran minimum £250,000 (RM1.48 juta) seminggu turut dipersetujui.
Arsenal kini membenarkan Granit Xhaka untuk berpindah ke Bayer Leverkusen dengan harga £21.5 juta (RM127 juta) sebaik Rice sah menjadi milik mereka.
Declan Rice mengemudi West Ham muncul juara Liga Konferens Europa selepas menewaskan Fiorentina pada final di Prague, Republik Czech awal bulan lalu. – Foto AFP
Rice bukan pemain pertama hadir di Emirates pada musim panas ini dengan pengurus Mikel Arteta turut menambah bintang Jerman, Kai Havertz dalam senarai pemain tengahnya.
The Gunners berbelanja £65 juta (RM385 juta) untuk membawa Havertz dari kelab musuh London, Chelsea dan dia dijangka membentuk gandingan baharu di tengah bersama Rice dan kapten Martin Odegaard.
Odegaard dijangka mengulangi peranannya di sebelah kanan selepas bertindak cemerlang pada musim 2022-23.
Rice pula akan bermain sebagai pemain tengah bertahan dengan Havertz dan Odegaard di kiri dan kanannya.
Pemain tengah England itu menghabiskan keseluruhan kariernya bersama West Ham, muncul daripada skuad belia sebelum membuat 245 penampilan bagi pasukan senior.
Dia juga beraksi 43 kali dengan negaranya, memainkan peranan penting dalam perjalanan mereka ke final Euro 2020. – AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... rubatan-di-emirates |
|
|
|
|
|
|
| |
|