CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1126|Reply: 8

Betul-betul Mencabar Selepas 12 Tahun Tiada Baby Sampai Syura Badron Menangis Sendiri

[Copy link]
Post time 4-7-2023 09:31 PM | Show all posts |Read mode
Selepas 12 tahun tidak melahirkan cahaya mata, Syura atau Zuraidah Badron, 37, mengakui cabaran yang dilalui membuatkannya menangis.


Bukan kerana sakit, sebaliknya bangga mengenangkan jasa yang dilakukan seorang ibu dalam membesarkan anak-anak.




IG




"Sakit badan, tak cukup tidur itu semua dah jadi kebiasaan. Sampai satu tahap, kita menangis sendiri.


"Bukan menangis sebab sakit tapi nangis sebab bangga dengan pengorbanan yang kita buat demi membesarkan anak-anak," katanya.


Syura berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory.




IG




Dalam pada itu, Syura menzahirkan rasa kagum dengan semangat kaum ibu yang mampu menjaga anak-anak mereka tanpa bantuan pembantu rumah.


Syura juga memohon doa supaya mereka terus diberikan kesihatan dan kekuatan untuk menghayati momen sebagai seorang ibu.




IG




"Semoga Allah berikan kesihatan dan kekuatan untuk kita menikmati keseronokkan momen sebagai ibu... ia satu pengalaman sangat berharga," ujarnya.


Dalam pada itu, penyanyi lagu Nazam Berkasih ini turut meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan seorang suami yang memahami dan banyak membantu menguruskan hal anak-anak.


Pada 12 Mac lalu, Syura selamat melahirkan bayi lelaki secara normal di salah sebuah hospital di Johor Bharu, Johor.


Menerusi temu bual bersama mStar, Syura meluahkan rasa teruja namun dalam masa sama berasa sedikit janggal.


Walaupun dikurniakan tiga cahaya mata sebelum ini, Syura menganggap ia sebagai satu pengalaman baharu.




  



Untuk rekod, Syura mendirikan rumah tangga dengan Muhd Farizat pada pada 22 Januari 2022 dan ini merupakan perkahwinan keduannya.


Syura yang pernah berkahwin dengan Mohd Fadhly Md Yassin dan bercerai pada Ogos 2015, dikurniakan cahaya mata iaitu Nurul Dania Irdina, 16, Nurul Qaisara Sofia,14, dan Muhammad Irfan Aryan, 12 tahun.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2023 10:09 AM | Show all posts
Alaaaaa...Bedah Bedon ni berjaga tengah malam buat live dengan kekawan kepam hangit dia tu tahan pulak ye... gitteww
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2023 10:11 AM | Show all posts
terpaling ibu ke
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2023 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Umur dah makin meningkat mmg ler akan jd super duper letih bila nk urus anak kecik.
Sbb tu bila dah 35 tahun ke atas waktu anak2 yg lain dah mula sekolah. Mak2 pun dah stop beranak kecik.
Selagi ada anak kecik mak tu mmg takde rehat laa mana nk urus yg besar2 nak urus yg kecik lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2023 03:14 PM | Show all posts
Kuat merungut kesian anak kau zuraidah badron
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2023 03:51 PM | Show all posts
sendunya..dia dh beranak pun iols xtau
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-7-2023 04:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Muka sheols nampak macam dah 43-44. Iols baru nak kata kesian dah tua masih beranak kecik
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2023 04:11 PM | Show all posts
who is yuhhhh?

dah 12 tahun menunggu pun kaka tak kenal sheols siapa?

yang kenal tu dah boleh consult doktor pakar kulit esok yach untuk check ada tak tanda2 garis penuaan... kalau ada jangan lupa pergi buat laser takpun pergi konter esteloder esok untuk beli advanced night repair supaya boleh titik kat muka tiap2 malam untuk nampak muda balik... investment untuk diri juga ni...

kalau badan gemuk... boleh apply buat kimo dekat hospital kerajaan untuk bagi kurus...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2023 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
halah halah takyah la nak hipokrit. cakap je la ko nangis sebab penat, tak cukup tido, tetek melecet, tak sempat mandi ect ect. hipokrit betul menangis sebab bangga
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 08:12 PM GMT+8 , Processed in 0.081514 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list