View: 521|Reply: 5
|
Wanita Ketakutan Terjumpa Kamera Pengintip Dalam Apartment Yang Disewa, Diletakkan Dalam Soket Lampu Tanpa Mentol
[Copy link]
|
|
MIAMI, Florida – Seorang wanita terkejut apabila menemui kamera pengintip di bilik tidur sebuah unit apartmen di Florida, Amerika Syarikat (AS) yang disewa menerusi platform Airbnb.
New York Post melaporkan, rakaman video yang memaparkan penemuan itu membuatkan ramai tertanya-tanya sama ada pemilik unit apartmen tersebut mengintip penyewanya di bilik tidur.
“Saya cuba untuk bertenang, namun saya berasa takut,” kata wanita tersebut, Katelyn Boss, 22.
Menurutnya, insiden tersebut berlaku pada Jun lalu ketika dia tinggal di Miami bersama rakannya, Rachel Horman.
“Kami mengharamkan pemasangan sebarang kamera tersembunyi dan telah membantu tetamu berkenaan ketika menyiasat dakwaan tersebut,” kata Airbnb kepada New York Post dalam satu kenyataan melalui e-mel.
Rakaman video tersebut menunjukkan satu alat seperti kamera terletak dalam soket lampu tanpa mentol.
Horman turut mendail talian kecemasan 911 bagi membuat laporan berhubung kejadia tersebut sebelum anggota polis tiba di lokasi kejadian.
Kewujudan alat rakaman itu masih belum disahkan sehingga kini dan tiada tindakan selanjutnya diambil polis susulan pemeriksaan tersebut.
Namun, sebilangan netizen percaya kamera tersebut memang bertujuan untuk mengintip penyewa. – CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
kdang2 dkt homestay dan airbnb tu pun kena hati2 juga...kena dpat owner yg miang keladi tu abih laa... |
|
|
|
|
|
|
|
aku if ada org nak see aku bogel dokpilah
takluak pun |
|
|
|
|
|
|
| |
|