View: 351|Reply: 1
|
Jangan Poyo Sangat, Jangan Rasa Hebat Atau Diva- Adlin Aman Ramli Warning Golongan Influencer Yang Jadi Artis
[Copy link]
|
|
Adlin Aman Ramlie menasihati influencer yang diangkat menjadi selebriti supaya tidak angkuh dengan populariti yang dikecapi dalam masa singkat itu.
Menurut Adlin, 51, mereka harus mempunyai sikap hormat kepada golongan senior dalam industri supaya tidak timbul isu salah faham pada masa akan datang.
Foto: IG
"Nasihat saya kepada semua pelapis baharu khususnya golongan influencer ni, kalau boleh jangan poyo sangat atau jangan rasa hebat mahupun Diva.
"Sebab sifat ini akan membawa kepada tidak menghormati orang lama kerana proses ini tidak pernah dipelajari di universiti.
"Jika mereka mengamalkan sikap begini, ia boleh menimbulkan senario yang tak sihat. Ada kelebihan gunakan sebaiknya, cumanya jangan nampak macam hilang rasa hormat kepada orang lebih lama,” katanya kepada mStar. -CARI
Sumber: mStar
|
|
|
|
|
|
|
| |
|