CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 380|Reply: 3

Budak 12 Tahun Maut Jatuh Dari Tingkat 10 Apartment Di Labuan

[Copy link]
Post time 4-7-2023 01:12 PM | Show all posts |Read mode
Kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 10 di apartment Ganggarak Permai, di Labuan pagi tadi.


Dalam kejadian jam 5.28 pagi itu, mayat mangsa ditemui di tingkat satu bangunan berkenaan.




Sinar Harian




Ketua Polis Daerah Labuan, Superintendan Ahmad Jawila mengesahkan siasatan awal polis mendapati mangsa warga tempatan tinggal di tingkat 10 apartment berkenaan.


"Mangsa dipercayai terjatuh dari bahagian tepi bangunan berpagar berdekatan dengan lif .


"egawai perubatan yang hadir di lokasi pada 7.42 pagi mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia," katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Menurutnya, mangsa dibawa ke Hospital Labuan dan diserahkan kepada Unit Forensik untuk bedah siasat.


"Siasatan awal polis mendapati tidak menemui sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).


"olis memohon orang ramai yang melihat kejadian ini untuk tampil memberi maklumat di mana-mana balai polis berdekatan atau berhubung dengan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Labuan di talian 087-412222," katanya.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2023 01:36 PM | Show all posts
ya Allah...sedihnya sayu membaca berita ni..
semoga Allah merahmati adik tu, diberi kekuatan buat keluarganya.
iolls sendiri gayat sebenarnya tinggal tempat tinggi, tapi dh rezeki tinggl kt pangsa .
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2023 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Alahai....Camne kau boleh jatuh dik? Sapa kacau kau?
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2023 06:35 AM | Show all posts
slm takziah....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 07:13 PM GMT+8 , Processed in 0.069862 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list