CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1143|Reply: 8

Orang Luar Tak Tahu Bahaya Kepala Air Jeram, Kalau Bunyi Air Kuat Orang Kampung Lari Dah...

[Copy link]
Post time 4-7-2023 12:21 PM | Show all posts |Read mode
Penduduk Kampung Air Puteh, Kemaman menyifatkan tragedi fenomena kepala air yang membabitkan 10 mangsa di Jeram Air Putih berhampiran kampung berkenaan, adalah bencana terburuk pernah melanda kawasan itu.


Menurut penduduk, kawasan jeram itu sememangnya terkenal sebagai kawasan rekreasi dan menjadi lubuk digemari ramai kaki pancing.


Kata mereka, kawasan yang terletak berhampiran Hutan Simpan Bukit Banui itu juga sering dikunjungi oleh pengunjung dari seluruh negeri ini untuk berkelah dan mandi-manda.




Kosmo




Penduduk, Dillah Hashim, berkata bagaimanapun ramai pengunjung tidak mengetahui risiko fenomena kepala air di situ dan masih menjalankan aktiviti air ketika hujan lebat.


"Kebanyakannya orang luarlah, yang meninggal lemas semua orang luar belaka. Orang kampung ini, kalau bunyi air kuat... hujan... dia orang lari dah... tapi macam orang luar ni dia tak endah.


"Dia tak tahu tempat tu akan berlaku air besar (kepala air). Patutnya kena waspada, bila hujan kena berhati-hati, tak mustahil akan berlaku kepala air," katanya.


Menceritakan lanjut, katanya Jeram Air Putih terletak kira-kira 14 kilometer (km) dari kampung berkenaan, namun kenderaan biasa biasanya tidak boleh sampai ke sana.


"Kereta biasa boleh sampai dalam lapan km sahaja. Kalau nak ke atas lagi ke kawasan perkelahan itu, pengunjung perlu menggunakan kenderaan pacuan empat roda sejauh enam km berikutan keadaan jalan yang berbatu dan tidak sesuai dengan kenderaan biasa," katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, biasanya hanya mereka yang mahir mampu mengendalikan kenderaan di laluan berkenaan.


Hanyan berkata, pihaknya percaya salah seorang mangsa iaitu Karim Abdullah, 39, yang merupakan pemandu jengkaut di Hutan Air Putih mahir dengan selok belok kawasan tersebut yang sememangnya sukar diakses menggunakan kereta.


"Sebelum ini pun kita selalu membuat pemantauan. Kawasan itu memang ke dalam (pedalaman), tempatnya menarik... jeram cantik dan menarik untuk dilawati dan riadah.


"Cuma kalau pengunjung tak maklumkan pada kita sebelum masuk, kita tak tahu, tak boleh beri amaran atau nasihat awal seperti jangkaan cuaca dan sebagainya," katanya.


Tengah hari semalam, mayat seorang wanita dan anaknya ditemui masing-masing terapung dan tersangkut pada pokok selepas dihanyutkan arus kira-kira 24 kilometer (km) dari tempat kejadian.


Menurut polis, sembilan beranak yang terbabit dalam kejadian itu ialah Karim Abdullah, 39; Azizah Eiyi, 40; Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18; Putri Alleya Maisarah Karim, 16; Putri Nor Fatin Karim, 14; Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11; Putri Nurerina Natasya Karim, 10; Muhammad Haziq Ziqree Karim, 6, dan Putri Aryana Umaira Karim, 4.


Seorang lagi adalah tunang kepada Putri Balqis Izzati iaitu Muhammad Fikri Saliman, 24, yang berasal dari Batu Pahat, Johor.


Sehingga kini, enam mayat telah ditemui iaitu Putri Aryana Umaira, dan Putri Nurerina Natasya, yang ditemui jam 12.05 tengah hari tadi, selain Karim, ditemui jam 1.55 tengah hari.
Mayat Muhammad Haziq Ziqree ditemui terapung oleh pasukan SAR kira-kira jam 11.05 pagi tadi.




Sumber: Awani
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2023 12:29 PM | Show all posts
Salam takziah kepada keluarga mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2023 12:59 PM | Show all posts
"Jeram Air Putih terletak kira-kira 14 kilometer (km) dari kampung berkenaan, namun kenderaan biasa biasanya tidak boleh sampai ke sana.


"Kereta biasa boleh sampai dalam lapan km sahaja. Kalau nak ke atas lagi ke kawasan perkelahan itu, pengunjung perlu menggunakan kenderaan pacuan empat roda sejauh enam km berikutan keadaan jalan yang berbatu dan tidak sesuai dengan kenderaan biasa"
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2023 10:20 PM | Show all posts
إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ‎
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2023 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 4-7-2023 12:59 PM
"Jeram Air Putih terletak kira-kira 14 kilometer (km) dari kampung berkenaan, namun kenderaan biasa  ...

Betul2 paksa diri pergi untuk mati....yela

1. Jln dah terang2 x de laluan sesuai untuk kereta...maknanya kawasan tu sukar untuk masuk dgn mudah..

2..tu kawasan hutan simpan...mmg x sesuai bawak family ke situ..kawasan jin bertendang...

3..laluan yg sukar boleh menyusahkan jika ada berlaku kecemasan..



Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2023 08:16 AM | Show all posts
noor2 replied at 4-7-2023 10:25 PM
Betul2 paksa diri pergi untuk mati....yela

1. Jln dah terang2 x de laluan sesuai untuk kereta... ...

tu lah

what were he thinking la




big lesson learnt kt sini
tp tu lah org kita ni
bak kata tun, mudah lupa


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-7-2023 08:46 AM From the mobile phone | Show all posts
cari malaikat maut ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2023 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Tempat ni xde la extreme sgt...level biasa je bagi geng2 outdoor klau kete blh smpai. Yg penting kena ada ilmu atau pengalaman bila nk buat aktiviti outdoor ni. Tapi klau x rasa sendiri bila nak dpt pengalaman tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2023 06:58 AM | Show all posts
hmm salam takziah...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 01:04 AM GMT+8 , Processed in 0.042439 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list