View: 4497|Reply: 52
|
Mengandung Anak Ketiga, Dicerca Sebab Beza Umur Dengan Suami 32 Tahun "Kuat Juga Si Tua Ganyut Ni, Ingat Dah Tak Boleh Pakai Lagi"
[Copy link]
|
|
Content creator Siti Nur Nashrah atau Nashkay dah biasa berdepan dengan pelbagai kecaman netizen.
Terbaharu, Nash, 30, yang sedang hamil anak ketiga mendedahkan dia turut menjadi mangsa penghinaan segelintir netizen kerana suaminya kini berusia 62 tahun.
Foto: IG
"Wohoo dah mengandung isteri dia. Kuat juga si tua ganyut ni. Ingat dah tak boleh pakai lagi (tak bernafsu). Wah padanlah seri aje isteri atuk ni. Apa tak vitamin A to Z dah masuk. Itulah bertenaga buat TikTok kan.
"Dia gunakan atuk ini cari side line income, takut-takut bila mati tak dapat harta kerana si tua ini ada anak, mana mereka nak kasi harta pada gold digger ini kan.
"Kesian tengok si tua ganyut layankan isteri yang cari peluang cari duit sebelum si tua ini mati kan," tulis seorang wanita menerusi Facebook.
Mengulas hal itu, Nash berkata penerimaan masyarakat di laman TikTok jauh berbeza dengan Facebook, namun dia tidak terlalu terkesan dengan penghinaan yang dilemparkan.
"Saya sekarang sedang hamil tujuh bulan setengah. Netizen di Facebook kecam kerana jarak usia 32 tahun antara kami. Komen-komen di TikTok semua okay, masuk Facebook dapat banyak kecaman.
"Saya sebenarnya scroll laju-laju komen di Facebook sebab dah tahu kebanyakannya negatif. Tapi kali ini, ia masuk dalam notification. Saya terbaca. Mula-mula menyirap juga. Tapi saya kena faham, sebab saya yang buat video," ujarnya yang menetap di Kuantan, Pahang.
Nash berkata dia tidak kisah jika ada yang mahu memberi nasihat, namun berharap ia disampaikan dengan beradab dan sopan.
"Biasanya kalau nak nasihat, lebih baik mesej secara personal. Kita kena jaga adab dalam menaip. Lepas tu, apa yang anda tonton di media sosial tidaklah menggambarkan keseluruhan hidup saya.
"Dulu mungkin saya meroyan benda macam ni. Tapi sekarang saya banyak ikut perangai suami. Saya jadi matang kerana suami. Dia suruh abaikan perkara negatif. Jadi saya pun abaikan juga," ujarnya yang baru setahun bergelar content creator," katanya kepada mStar.
Bercerita tentang dirinya dan suami, Nash berkata dia pada awalnya turut menerima tentangan keluarga dan rakan-rakan.
Namun, pandangan skeptikal mereka berubah selepas mengenali hati budi suaminya sehinggalah mereka mendirikan rumah tangga pada tahun 2011.
"Awal-awal dulu memang ramai tak sokong. Keluarga pun tak okay pada awalnya. Sama juga dengan kawan-kawan. Mereka kata jarak umur jauh sangat. Tapi lama-lama mereka kenal, mereka semua boleh terima.
"Saya dan suami pada awalnya tak bercinta pun. Kami cuba berkenalan di sebuah acara. Selepas dah berkawan, baru rasa serasi. Saya memang tak terfikir akan kahwin dengan orang yang jauh lebih berusia.
"Sama juga dengan suami. Dia sendiri tak sangka akan kahwin dengan orang yang lebih muda daripadanya. Pada saya, ini semua jodoh ketentuan Allah.
"Cuma kalau nak kahwin dengan pasangan yang jarak umurnya jauh, mental kena kuat. Hati tisu tak boleh. Tapi selagi kita bahagia, pilihan itu betul, teruskan saja," ujarnya lagi. -CARI
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
dlu ms kawin laki tu duda atau di dudakn?
|
|
|
|
|
|
|
|
Salah engkau la gedik sgt. Bersungguh nau nak buktikan kau bahagia smp lupa jaga maruah suami. Suami kau tu dah berumur xpayah la suruh dia menari2 terhegeh2 mcm tu. Xpela pakcik janji bini muda ye |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah kerana mempunyai suami yg sihat utk memberi nafkah batin. jgn peduli kata org. |
|
|
|
|
|
|
|
huntong dia ada jodoh walau beza umoq ramai lg anak2 dara yg masih solo kalo tak caya tanya pakar andartu siipan |
|
|
|
|
|
|
|
Sendiri yg memgundang kenalah tahan kecaman. Demi content jadi bebal pun xpe kan atok.. |
|
|
|
|
|
|
|
bagus la mcm ni, at least dia tak "mudakan' laki dia..ade yg aku kenal laki tua, tp sbb nak nampak sama muda mcm bini, sanggup dressing mcm org muda, dye rambut, pakai rantai, pakai cap, siap ade yg pakai subang sebelah |
|
|
|
|
|
|
|
ubat kuat tsalasa... |
|
|
|
|
|
|
|
Betul2 macam bapa dengan anak. Kesian dia kat belakang tu, dengan rambut dah beruban. Emmm
|
|
|
|
|
|
|
|
kelip2_07 replied at 4-7-2023 11:23 AM
dlu ms kawin laki tu duda atau di dudakn?
Penah baca dia cite mcm mana dia kenal laki dia tuh.
Masa tu dia sekolah lagi form 4 ke 5 tp mmg minat meniaga laa.
Kenal masa join seminar usahawan ke apatah, asalnya anggap cam ayah kot.
Dia ckp masa dia kawen ngn laki dia tu laki dia tgh susah, bisnes ada problem.
|
|
|
|
|
|
|
|
Pusing² otak mulayu pikir psl sekssss ja.
Padan la benak nk mam kiri kanan depan blakang xabes² kna scam.
Dh kawen tu xkira tua ka muda ka nafkah batin kna la bg.
Menda wajib kan.
Kalo membiak tu it's given. A fact.
Intercourse leads to pregnancy.
Pathetic yg komen toksik² nih. |
|
|
|
|
|
|
|
Orang2 tua yang nak kawen dengan generasi yang jauh beza ni tak mampu berfikir jauh sikit pasal perbezaan generasi.
dulu2 sebelum zaman internet socmed mungkin tak de beza sangat.
Sekarang aib la tengok orang tua beruban nak kena gedik2 dalam tiktok semata2 nak ikutkan peel bini gen z or millenial dia.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau orang tua teringin nak berteman, moleknya carilah yang tak jauh beza umur.
Sama2 pegi masjid, sama2 buat aktiviti orang pencen.
Tak de sapa nak cerca.
Ini mende... |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau ko tk tergedik² kt media sosial ajak laki ko sekali buat takde la org tau pun ko berlakikn rentua. Laki ko dh umo mcm tu ko suruh menari bagai..malu la oii kak. |
|
|
|
|
|
|
|
syamzana replied at 4-7-2023 12:12 PM
pakcik husband iols lbh krg macam ni gak. jmp bini baru dia ms umur ujung 50an, bini 23 kot. menikoh ...
Stgh jantan tk pikir pjg..dia ingat nk servis konek je wpun dh umo masuk kubur. Patut umo camtu leklek je la gi travel dgn bini sanasini tanpa pikir nk buat susu, bangun mlm bagai. Sendiri carik penyakit + sakitkn hati bini tua...tuhan bg cash je la |
|
|
|
|
|
|
|
sufi^_^ replied at 4-7-2023 01:02 PM
Orang2 tua yang nak kawen dengan generasi yang jauh beza ni tak mampu berfikir jauh sikit pasal perb ...
Mcm mjnah ni dia jd content creator, so iols rasa dia gunkn laki dia utk raih populariti.bila populariti tinggi, maka byk la view, like, senang la nk buat biz review ka jual brg. Guna ja laki tu sbg pelaris. Kot nnt mikel ang offer job ka, mana tau. Blh jadi retis gitu...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|