View: 133|Reply: 0
|
Neymar didenda RM15.5 juta akibat langgar peraturan alam sekitar
[Copy link]
|
|
NEYMAR didakwa melanggar peraturan alam sekitar ketika pembinaan rumah agam miliknya di tepi pantai tenggara Brazil. FOTO AFP
Rio de Janeiro: Pihak berkuasa Brazil berkata, bintang bola sepak, Neymar didenda 16 juta reais (RM15.5 juta) kerana melanggar peraturan alam sekitar ketika pembinaan rumah agam miliknya di tepi pantai tenggara Brazil.
Projek mewah itu melanggar peraturan berhubung penggunaan dan pergerakan sumber air tawar, batu dan pasir, yang kali pertama didakwa pihak berkuasa tempatan akhir bulan lalu dan disahkan pada Isnin.
Bagaimanapun, jurucakap Neymar enggan mengulas mengenai perkara itu.
Kediamannya terletak di bandar Mangaratiba di pantai selatan kira-kira 130 kilometer (km) dari Rio de Janeiro.
Dalam satu kenyataan pada Isnin, badan alam sekitar Mangaratiba berkata, pelanggaran alam sekitar dilakukan 'dalam pembinaan tasik buatan di rumah agam itu.'
Selain denda, kes itu akan disiasat oleh pejabat peguam negara tempatan, polis sivil negeri dan pejabat perlindungan alam sekitar, antara badan kawalan alam sekitar yang lain.
Neymar memiliki masa 20 hari untuk mengemukakan rayuan terhadap denda berkenaan.
Pada 22 Jun lalu, selepas aduan dibuat berdasarkan gambar di media sosial, pihak berkuasa mendapati berlaku pencerobohan alam sekitar di kediaman mewah apabila pekerja membina tasik dan pantai tiruan.
Neymar, 31, ketika ini dalam proses pemulihan selepas pembedahan buku lali kanan di Doha, Mac lalu.
Penyerang sensasi itu tidak beraksi sejak Februari lalu dan menimbulkan kesangsian mengenai masa depannya di PSG.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... aturan-alam-sekitar |
|
|
|
|
|
|
| |
|