View: 735|Reply: 14
|
Menteri Terjah KLIA: SPRM Dah Kenal Pasti Agen Jadi Orang Tengah Minta Rasuah RM18,000
[Copy link]
|
|
Isu rasuah yang dikatakan berlaku dalam insiden membabitkan warga China di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini, dipandang serius oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Sumber berkata, satu siasatan menyeluruh sedang dijalankan bagi mengesahkan perkara ini.
Gambar hiasan - Bernama
"Setakat ini tiga keterangan saksi termasuk Menteri yang terlibat dan dua orang saksi utama warga China sudah diambil pihak SPRM.
"Beberapa orang pegawai imigresen yang terlibat akan dipanggil untuk diambil keterangan berhubung perkara ini, hari ini," katanya.
Menurut sumber terbabit, SPRM juga sudah mengenalpasti seorang individu yang disyaki menjadi orang tengah dalam urusan `menyelesaikan' kes melibatkan seorang pelancong asing yang dikatakan tidak memenuhi syarat kemasukan ke negara ini sebagaimana ditetapkan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).
"Kami sedang giat mengesan individu yang merupakan agen yang dikatakan meminta wang rasuah sebanyak RM18,000 bagi menyelesaikan kes terbabit," katanya.
Sementara itu, Tan Sri Azam Baki, Ketua Pesuruhjaya SPRM ketika dihubungi mengesahkan kes disiasat dibawah seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009.
Beliau mengesa semua pihak untuk tidak membuat sebarang spekulasi dan memberikan masa bagi SPRM melengkapkan siasatan ini.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
tiber tiber muncul watak agen.
|
|
|
|
|
|
|
|
ayukpingu: tiber tiber muncul watak agen. ...
Banyak lagi plot twist nanti..mungkin sampai trilogy. |
|
|
|
|
|
|
|
Cepat btol jumpa suspek eh kalau kes melibatkan VIP ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
ayukpingu replied at 4-7-2023 10:35 AM
tiber tiber muncul watak agen.
Hahaha....lps berbulan² usaha giat mencari agen tersebut, takde hasil, agen hilang sepertimana jolo menghilang yg kna masuk jel bijan |
|
|
|
|
|
|
|
Semua orang tahu setiap watak tu boleh dicipta, asalkan adalah kambing hitamnya nanti. |
|
|
|
|
|
|
|
Nanti senyap2 watak munteri dan ah so pun hilang |
|
|
|
|
|
|
|
imigresen di KLIA memang terkenal lubok perasuah di kalangan penjawat awam |
|
|
|
|
|
|
|
ifanonline replied at 4-7-2023 11:18 AM
imigresen di KLIA memang terkenal lubok perasuah di kalangan penjawat awam
Yg tangkap hari tu ada balance lagi ka..
Gred KP19 tapi guna kenderaan mewah
Oleh BERNAMA
Kuala Lumpur: Ops Selat yang mendedahkan kepincangan di pintu masuk sempadan negara, menyaksikan sehingga pegawai dari gred terendah KP19 yang bersekongkol dengan sindiket kemasukan warga asing ke dalam negara secara haram, disediakan dengan kenderaan mewah seperti Rolls Royce Phantom, Mustang, Range Rover dan Audi oleh sindiket berkenaan.
Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberitahu Bernama, kesemua kereta itu didaftarkan atas nama dua warga China, dipercayai ejen pekerja asing China di Malaysia, dan dua ejen lelaki tempatan.
Menurutnya, SPRM sedang berusaha mengesan keempat-empat mereka yang sudah dikenal pasti identiti itu, dan salah seorang ejen tempatan berkenaan dipercayai membantu dalam urusan menyimpan kenderaan mewah berkenaan.
"Setakat hari ini SPRM sudah menahan 50 orang dalam Ops Selat, yang berkaitan pemalsuan cop kemasukan bagi melintasi sempadan negara, membabitkan 28 pegawai imigresen, 17 ejen pekerja asing dan lima orang awam," katanya.
Beliau berkata, selain itu wang tunai berjumlah RM800,000, 26 kereta mewah, serta empat motosikal berkuasa tinggi dirampas dalam Ops berkenaan.
Menurutnya, ia belum mengambil kira harta lain yang terbabit seperti rumah, tanah, barang kemas dan sebagainya.
Sumber turut menjelaskan modus operandi sindiket berkenaan dalam mengatur "setting" di kaunter Imigresen khusus di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan klia2 yang menurutnya turut didalangi ejen di luar negara.
Beliau berkata, sindiket antarabangsa itu biasanya akan memaklumkan nama, nombor pasport dan jadual penerbangan mana-mana pelawat atau pekerja asing yang sudah disenarai hitam daripada memasuki Malaysia, kepada ejen-ejen di negara ini.
Menurutnya, ejen di Malaysia pula akan berhubung dengan pegawai imigresen di KLIA dan klia2 untuk mengatur (setting) kaunter yang akan membantu meloloskan pekerja asing atau pelawat asing masuk ke Malaysia menggunakan cap palsu.
"Begitu juga dengan proses keluar dari negara ini yang akan berhadapan dengan pelbagai kesulitan seperti senarai hitam, pas lawatan tamat tempoh dan pasport palsu.
"Hanya kaunter tertentu di KLIA dan Klia2 akan digunakan oleh pekerja atau pelawat asing dengan bantuan ejen ini," katanya.
Sementara itu, Pengarah Siasatan SPRM Datuk Norazlan Mohd Razali ketika dihubungi tidak menolak kemungkinan lebih ramai lagi akan ditahan berhubung sindiket ini.
Beliau berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009 dan Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001.
Isnin lalu, SPRM dilaporkan menahan 46 individu termasuk 27 pegawai Jabatan Imigresen dalam serbuan serentak di empat negeri yang disyaki terbabit dengan sindiket penggunaan guna cap palsu keluar dan masuk di sempadan negara.
Ops Selat itu digerakkan SPRM dengan kerjasama Jabatan Imigresen, yang membabitkan serbuan di Putrajaya, Johor Bahru, Kota Kinabalu dan Kuching.
|
|
|
|
|
|
|
|
agen2 dok sogok kakitangan peringakt bawahan...mana taknya, agen2 nak guna china doll di banyak negeri...
KP19 hari2 dok ngongkek free bang...burit hanyir bau darah babi pun jalan..
|
|
|
|
|
|
|
|
bodonya sprm, baru bangun dr tido ke? sume org tau kat immi tu mcm mana |
|
|
|
|
|
|
|
satu persoalan lg...betul ke dokumen Cina prc itu tak lengkap punca/sb agen tu minta rasuah tuk melepaskannya??? |
|
|
|
|
|
|
|
Immigration, polis, kastam..semua lubuk ni... |
|
|
|
|
|
|
| |
|