CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 648|Reply: 4

Tragedi Kepala Air Di Jeram Air Putih Bukan Akibat Pembalakan

[Copy link]
Post time 3-7-2023 10:00 PM | Show all posts |Read mode
Chukai: Kerajaan negeri Terengganu akan menyiasat jika wujud kegiatan pembalakan di lokasi tragedi kepala air di Jeram Air Putih yang mengorbankan 10 nyawa.


Bagaimanapun setakat ini Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata kejadian kepala air itu bukan berpunca daripada kegiatan pembalakan di kawasan berkenaan.


Katanya, kegiatan pembalakan di kawasan itu dikatakan sudah lama dihentikan sebelum ini.


Ahmad Samsuri (dua dari kiri) diberi taklimat oleh Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan (kanan) mengenai tragedi kepala air di Jeram Air Putih , di Pusat Kawalan Operasi, Balai Polis Air Putih. Foto/Ghazali Kori





Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya akan menyemak semula perkara berkenaan.


"Itu kita kena periksa balik di mana (sebab) banyak kayu balak lama. Kita kena kenal pasti dahulu di mana kawasan-kawasan yang berlaku aktiviti pembalakan dijalankan," katanya pada sidang media di Pusat Kawalan Operasi di Balai Polis Air Putih, di sini hari ini.


Ahmad Samsuri berkata, pihaknya percaya kejadian itu berlaku disebabkan hujan lebat yang menjurus kepada kejadian kepala air di kawasan berkenaan.


"Kepala air memang berlaku apabila taburan hujan yang lebat dalam waktu singkat yang tertumpu pada satu-satu kawasan dan semua saluran air itu melalui satu saluran sahaja (iaitu) sungai berkenaan.


"Ia umpama mencurah air di satu lorong yang sempit dan kita difahamkan mangsa tidak sempat untuk menyelamatkan diri," katanya.


Dalam pada itu, Ahmad Samsuri berkata, kerajaan negeri akan membantu untuk memudahkan urusan ahli keluarga mangsa selama mereka berada di sini.


"Sekiranya ada apa juga keperluan-keperluan tambahan itu, boleh maklum kepada kami dan insya-Allah kita akan cuba bantu," katanya.


Setakat ini, hanya enam mayat ditemui dengan empat daripadanya ditemui hari ini, manakala dua lagi ditemui semalam.


Mayat mangsa yang ditemui adalah Karim Abdullah, 39, dan isterinya, Azizah Eiyi, 40, serta empat anak mereka iaitu Muhammad Zulqarnain Haikal, 11; Putri Nurerina Natasya,10; Muhammad Haziq Ziqree, 6, dan Putri Aryana Umaira, 4.


Empat lagi mangsa yang belum ditemui adalah Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18; Putri Alleya Maisarah, 16; Putri Nor Fatin, 14, dan tunang kepada Putri Balqis Izzati iaitu Muhammad Fikri Saliman, 24.




Sumber: BH Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2023 09:15 AM | Show all posts
Moga mangsa semua ditemui hendaknya. AAmin
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2023 10:30 AM | Show all posts
dh tentu arwah bapanya tu bwk anak2 berkhelah situ sebab situ tempat dia keje tebang balak
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2023 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Kepala air bukan sebab pembalakan....bukan ada tanah runtuh ke apa..ni mmg air takungan hutan dikawasan tinggi melimpah akibat hujan yang lebat..melebihi had...mmg biasa terjadi di mana2 hulu sg atau jeram
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2023 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Tanah runtuh, kepala air ni mmg kejadian alam yg selalu berlaku bila hujan lebat bagai
Cuma manusia yg berada di tempat dan waktu yg salah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 12:37 AM GMT+8 , Processed in 0.043965 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list