CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 177|Reply: 1

[Pulau Pinang] Bomba siap siaga anggota, logistik hadapi angin baratan

[Copy link]
Post time 3-7-2023 08:52 PM | Show all posts |Read mode
Bomba siap siaga anggota, logistik hadapi angin baratan


Julai 3, 2023 @ 8:10pm



Pasukan bomba bersiap sedia hadapi cuaca buruk diramal di u Perlis, Kedah, Pulau Pinang, utara Perak, Terengganu dan Kelantan. Foto hiasan/BERNAMA



BUKIT MERTAJAM: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) meningkatkan kesiapsiagaan pegawai dan anggota serta logistik susulan negeri di utara Semenanjung dijangka mengalami angin baratan yang berpotensi menyebabkan ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang.

Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM, Datuk Ahmad Izram Osman, berkata seramai 4,169 pegawai dan anggota bersiap sedia di negeri yang terbabit iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, utara Perak, Terengganu dan Kelantan, yang dijangka berlaku angin baratan mulai Sabtu lalu hingga Rabu ini.

"Pihak JBPM telah mengambil langkah persediaan dan tindakan segera iaitu membuat pemantauan serta analisis data maklumat yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkaitan situasi semasa.

"Kami juga menjalankan rondaan di kawasan pantai yang dijangka berlaku luruan angin dan rondaan lebih kerap di kawasan berpotensi dilanda bencana serta rondaan melalui Safety Water And Rescue Team (Swart) terutama di sebelah Pantai Timur," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Penolong Pengarah Operasi Negeri Seluruh Malaysia 2023, di sini hari ini.

Sehubungan itu Ahmad Izram turut menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan sebarang aktiviti termasuk mandi di pantai.

Ahmad Izram berkata, dari segi logistik pula, semua jentera, utiliti dan pesawat berada dalam keadaan bersiap sedia untuk menyalurkan bantuan jika berlaku kejadian bencana ketika angin baratan.

"Pihak bomba dengan bantuan Pasukan Bomba Sukarela dan Pegawai Bomba Bantuan sentiasa bersedia 24 jam dan melakukan pemantauan di kawasan dikenal pasti berpotensi dilanda bencana, selain melakukan semakan dengan MetMalaysia berhubung situasi semasa cuaca seluruh negara," katanya.

Beliau berkata, JBPM turut berkolaborasi dengan beberapa agensi bagi memantau kawasan berpotensi berlaku banjir kilat, tanah runtuh dan pokok tumbang serta menjalankan kerja penyelamatan bersama agensi penyelamat lain termasuk jawatankuasa pengurusan bencana.

"Setakat ini, pihak bomba Pulau Pinang menerima 13 panggilan kecemasan pada 1 Julai berkaitan angin kencang, tanah runtuh, pokok tumbang dan banjir kilat serta berjaya menanganinya dengan baik," katanya.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Izram berkata, JBPM sedang melakukan pemeriksaan keselamatan kebakaran di semua pusat mengundi dan penjumlahan undi di enam negeri yang akan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN).

"Cuma setakat ini kami belum lagi menerima jumlah sebenar pusat mengundi dan penjumlahan undi, namun pemeriksaan yang JBPM jalankan mengikut data pilihan raya (Pilihan Raya Umum Ke-15) sebelum ini," katanya.

PRN akan berlangsung di Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu.
– BERNAMA








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2023 09:02 PM | Show all posts
takut cuaca mcm ni, hujan lebat angin kuat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 03:22 AM GMT+8 , Processed in 0.050434 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list