CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 148|Reply: 0

De Gea, Ronaldo sedia bergabung di Arab Saudi

[Copy link]
Post time 3-7-2023 11:31 AM | Show all posts |Read mode

Penjaga gol dari Sepanyol itu boleh menjadi bintang terbaharu menuju ke Arab Saudi dengan potensi kontrak 250,000 pound (RM1.4 juta) seminggu.


LONDON: David De Gea menjadi sasaran kelab Cristiano Ronaldo, Al-Nassr ketika kariernya di Manchester United mencapai titik akhir.

Penjaga gol dari Sepanyol itu boleh menjadi bintang terbaharu menuju ke Arab Saudi dengan potensi kontrak 250,000 pound (RM1.4 juta) seminggu.

De Gea kini menjadi ejen bebas, namun dia masih boleh kekal di Old Trafford jika mencapai kata sepakat dengan syarat baharu Red Devils.

Bagaimanapun pilihan beraksi di Asia Barat cukup menarik, biarpun De Gea bersedia menyelesaikan perjanjian di United walaupun sedar dia bukan lagi pilihan pertama.

Penjaga gol berusia 32 tahun itu menyertai United pada 2011 dan telah membuat 545 penampilan untuk kelab itu selain memenangi gelaran awal pada musim 2012-2013.




Al-Nassr antara kelab yang disokong wang tunai kerajaan Saudi, yang membolehkan mereka menarik Ronaldo apabila bintang Portugal itu me­ninggalkan Old Trafford musim lalu.

Gergasi Asia Barat itu juga sedang berusaha mendapatkan pemain tengah Inter Milan dan Croatia, Marcelo Brozovic selain mempertimbangkan kemasukan Hakim Ziyech

Pemain tengah Chelsea itu dilaporkan gagal menjalani pemeriksaan perubatan ­minggu ini kerana masalah lutut.
Ziyech kemudian ditawarkan kontrak dengan gaji ­lebih rendah, namun ­menolak ­tawaran tersebut. – AGENSI
https://www.utusan.com.my/sukan/ ... bung-di-arab-saudi/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 11:17 AM GMT+8 , Processed in 1.079470 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list