View: 1065|Reply: 8
|
Pelantar Tiba-Tiba Berhenti Berpusing, Bekalan Oksigen Terhad- Ada Yang Sesak Nafas Tersangkut Atas Menara Taming Sari
[Copy link]
|
|
MELAKA – Beberapa pengunjung tersangkut pada ketinggian 60 meter ketika menaiki pelantar tinjau ikonik Menara Taming Sari.
Ada yang dikatakan mengalami sesak nafas sebelum berjaya dibawa turun dengan selamat semalam.
Seorang mangsa dari Bedong, Kedah, Zuliani Zulkeple, 42, berkata, dia bersama 12 ahli keluarganya mengambil peluang untuk melihat pemandangan Melaka dengan menaiki pelantar tersebut sekitar pukul 5.30 petang.
Foto: Kosmo
Ujarnya, kesemua pengunjung sempat merakamkan gambar pemandangan di puncak menara yang berketinggian 110 meter sebelum pelantar itu tiba-tiba berhenti berpusing lebih 30 minit ketika ia turun, menyebabkan suasana gembira bertukar panik.
“Keluarga saya juga mula panik kerana bekalan oksigen terasa semakin terhad, apatah lagi kami membawa seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun serta bayi setahun enam bulan.
“Ada beberapa pengunjung seperti mengalami sesak nafas dan duduk berhampiran pintu servis untuk mendapatkan oksigen yang masuk di celahnya kerana pelantar tersebut tidak mempunyai tingkap,” katanya.
Tambahnya, beberapa pengunjung yang lain pula dilihat sibuk mengipas ahli keluarga masing-masing bagi mengawal keadaan cemas itu.
Kata jururawat Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani itu lagi, kesemua pengunjung terpaksa berdepan situasi tersebut hampir satu jam sebelum berjaya dibawa keluar oleh pasukan bomba.
“Pekerja penyelenggara menara telah memanjat naik ke pelantar menerusi tali kabel untuk menggerakannya secara manual.
“Sampai sahaja di bawah, pasukan bomba terus memecahkan kunci pintu bagi mengeluarkan kami semua,” katanya.
Terdahulu, Kosmo! melaporkan seramai 36 pengunjung terperangkap di dalam pelantar Menara Taming Sari pada ketinggian 60 meter dalam insiden lewat petang tadi.
Ketua Pegawai Eksekutif Menara Taming Sari Berhad, Azlan Abidin ketika dihubungi pemberita mengesahkan kejadian tersebut, namun memaklumkan kesemua pengunjung berjaya diselamatkan tanpa sebarang kecederaan. –CARI
Sumber: Koso |
|
|
|
|
|
|
|
Adoi ada2 saja
Maintenance issue ke |
|
|
|
|
|
|
|
iols pernah naik sekali jah. itupun lamaa dah dulu.. tp mmg xde langsung lubang2 pengudaraan ke, iols kalo naik lif tak smooth, selalu terbayang lif stuck pastu sesak nafas x ckup oksigen  |
|
|
|
|
|
|
|
aduhhh baru plan nk pegi bulan depan. jgn laa wat hal |
|
|
|
|
|
|
|
Terperangkap di tempat tinggi memang sesuatu yang menakutkan.
Tengok filem Fall (2022), boleh ketar kepala lutut. Tinggi tower pemancar tv tu 600m dan in real life tower sebegitu mmg wujud dan ada orang dibayar utk panjat dan tukar bulb lampu di puncak. Untuk perbandingan, tinggi menara berkembar petronas cuma 452m. |
|
|
|
|
|
|
|
ultra78: Terperangkap di tempat tinggi ...
Iols tgk movie Fall tu pon kaki iols dah rasa terketat2... Ending tu tak sangka rupanya kawan dia dah mati |
|
|
|
|
|
|
|
memang ada ke tower tinggi cam citer Fall tu? 
|
|
|
|
|
|
|
|
Dulu pernah zaman tok ali jadi cm.. lrt kat melaka berhenti tengah2 landasan. Orang turun pakai tangga gitu  |
|
|
|
|
|
|
|
xpyahla naik menara2 mcm ni bukan best pon dah la mahal |
|
|
|
|
|
|
| |
|