CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 397|Reply: 0

Salman Khan Sering Menjaga Perihal Agama, Sambut Aidil Adha Bersama Keluarga

[Copy link]
Post time 3-7-2023 09:49 AM | Show all posts |Read mode
Terima Pujian! Salman Khan Sambut Aidil Adha Bersama Keluarga Walaupun Di Tengah Ancaman Pembunuhan



Bukan sahaja Shah Rukh Khan dan Aamir Khan, Salman Khan juga merupakan artis India yang memeluk Islam.

Sering Menjaga Perihal Agama


Dia juga dilihat sebagai seorang pelakon yang dikatakan kuat beribadat dan menjaga perihal agamanya.

Sebelum ini, Salman Khan pernah menghentikan program yang sedang menjalankan pengambaran kerana mendengar azan.

Namun bukan itu sahaja, kali ini Salman Khan mempamerkan kepada umum detik-detik bersama keluarganya menyambut Hari Raya Aidil Adha 2023.

Dia yang memakai baju biru tua turut bergambar bersama-sama ahli keluarganya yang lain.

Menyambuat Aidil Adha
Di Instagram, Salman Khan memberikan ucapan kepada peminatnya di Instagram untuk Aidil Adha yang merupakan hari penting untuk umat Islam ini.

Gambar yang dimuatnaik oleh Salman Khan ketika menyambut Aidil Adha 2023 itu dibanjiri pujian netizen.

Mereka kagum dengan kecekalan Salman Khan walaupun beberapa ahli samseng mengancam untuk cuba membunuhnya.

Untuk makluman, Salman Khan telah beberapa kali menerima ugutan bunuh daripada gangster.

Menerima Ancaman Bunuh


Ancaman bunuh sebelum ini datang daripada samseng bernama Lawrence Bishnoi dan kali ini ancaman terbaru dibuat oleh Goldy Brar.

Melaporkan dari laman BollywoodLife, Goldy Brar, yang merupakan samseng yang membunuh penyanyi Sidhu Mosse Wala, membuat ugutan untuk membunuh Salman Khan kepada umum.

Katanya, Salman Khan menjadi sasaran seterusnya selepas Sidhu Mosse Wala dibunuh di kediamannya sendiri.

Kini, Salman Khan berada di bawah pengawasan ketat agar kejadian tidak diingini tidak berlaku.


Sumber:https://murai.my/2023/182888/ter ... ancaman-pembunuhan/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 02:21 AM GMT+8 , Processed in 0.051947 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list