CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 557|Reply: 4

Siapa Pula Ketuk Pintu Hotel Uyaina Arshad Jam 12.30 Pagi?

[Copy link]
Post time 3-7-2023 07:45 AM | Show all posts |Read mode
Pengacara Uyaina Arshad berkongsi momen menyeramkan mendengar pintu bilik hotelnya diketuk sekitar 12.30 pagi.


Pelakon itu yang kini berada di Indonesia untuk sebuah program realiti bagaimanapun berkata, perasaan yang pada mulanya cuak bertukar gembira apabila mengetahui individu yang mengetuk pintu itu adalah suaminya iaitu penyanyi rap Raja Syahiran yang membuat kejutan kepadanya.




IG




“Syahiran and his surprises (and cool Jordans). Semalam (Jumaat) lepas show #DAA6 around 12.30 pagi, Yana dah clean up apa semua ready nak tidur. Lepas itu tiba-tiba dengar ada orang ketuk pintu.


“Mula-mula tu cuaklah juga. Siapa pula duk ketuk-ketuk pintu malam-malam ni. Takut nak buka. Intai kat peephole tu pun tak nampak apa sebab dia tutup dengan jari. Scary kan?


“Lepas tu, dia cakap ‘Surprise!’… tunggu saya tahu suara itu. That’s TLoML who I have missed so very dearly. I was really surprised! Yeay! Baba Urhan is here,” katanya.


Uyaina turut meluahkan rasa syukur kerana dapat meluangkan masa bersama suami dan anak mereka, Raja Urhan.


Untuk rekod, Uyaina mendirikan rumah tangga dengan Raja Shahiran pada 21 Disember 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Raja Urhan pada 8 September 2022.




Sumber: Gempak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2023 07:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Ok, tahniah.
Tapi, netizen selalu pesan, bahagia jangan tunjuk sangat:
1. Nanti penyondol geram nak memulakan tindakan selanjutnya
2. Nanti kalau apa-apa hal tak baik berlaku, netizen akan tempelak tulaaa sibuk asyik nak tunjuk konon bahagia sangat
3. Netizen kata, orang yang selalu tayang bahagia tu sebenarnya tak bahagia pun

Jadi, hati-hati kalau nak tayang kebahagiaan rumahtangga. Better simpan untuk diri sendir saja.
Semoga bahagia dunia akhirat.
Amein.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2023 09:18 AM | Show all posts
Edited by ketambangkang at 3-7-2023 09:31 AM

TLoML tu ape?
edit : ok tau dh, the love of my life

Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2023 10:07 AM | Show all posts
Tahniah Uyaina kerana dipilih dn diberi kepercayaan oleh pihak TV I'siar, I'dsia.  Spt yg kita semua maklum, tak mudah bagi M'sian nak tembus pasaran kebolehan dn bakat yg mereka sendiri pilih, tapi Uyaina terpilih dn tentunya menepati ciri2 yg mereka kehendaki. Good luck Uyaina.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2023 10:52 AM | Show all posts
yihhhh suami kau yang tak herlok ketuk pintu malam2 pun nak bagitahu...

tak terkejut ke kau buka2 pintu ada jantan muka macam katak beracun ketuk2 pintu...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 09:53 PM GMT+8 , Processed in 0.048147 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list