CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 966|Reply: 15

Sekolah Khas K-Pop Akan Dibuka Di Busan

[Copy link]
Post time 2-7-2023 02:08 PM | Show all posts |Read mode
Seoul: Sebuah sekolah tinggi yang mengkhusus dalam mendidik pelajar untuk pembelajaran dan persembahan berkaitan K-pop akan dibuka di Busan, bandar kedua terbesar di Korea Selatan.


The Straits Times yang memetik media Korea Selatan melaporkan, sekolah itu dijangka memulakan operasi menjelang 2028, menurut pengumuman pihak berkuasa pendidikan bandar itu Jumaat lalu.


Pihak sekolah akan menyediakan pelajaran vokal, tarian, karangan dan penulisan lagu berkualiti yang diajar oleh fakulti K-pop daripada tenaga pengajar yang berpengalaman.


Sebuah tinggi di Busan itu akan mengkhusus dalam mendidik pelajar untuk pembelajaran dan persembahan berkaitan K-pop. FOTO AFP




Penguasa pendidikan di Busan, Ha Yoon-su dalam taklimatnya berkata, pelajar antarabangsa juga layak untuk membuat permohonan kemasukan.


Seorang pegawai Kerajaan Metropolitan Busan memberitahu The Korea Herald bahawa pihaknya sedang mengkaji beberapa pilihan untuk lokasi sekolah itu.


"Ia berkemungkinan sebuah sekolah kosong pada masa ini di kawasan Gangseo-gu di Busan," kata pegawai itu.


Pembinaan dengan infrastruktur bersesuaian dijadualkan bermula pada Januari 2027, dengan sekolah itu dijangka dibuka pada Mac 2028.


"Sekolah ini masih dalam peringkat awal perancangan," tambah pegawai itu.


Pihak berkuasa bercadang untuk mewujudkan pasukan petugas untuk sekolah. Butiran termasuk saiz dan kurikulumnya akan diputuskan kemudian.


Jika direalisasikan, ia akan menjadi sekolah awam pertama yang didedikasikan untuk K-pop di Busan.


Terdahulu, Sekolah Tinggi Pop Korea dan Seni Persembahan, sekolah menengah K-pop pertama Korea Selatan dibuka di wilayah Chungcheong Selatan pada 2020.


Selain itu, ada juga ahli kumpulan K-pop yang belajar di Sekolah Seni Persembahan, iaitu sebuah sekolah swasta di Seoul.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2023 10:14 PM | Show all posts
Bisnes jual angan2 memang menguntungkan
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2023 10:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat sekali la sekolah untuk netizen kpop... Sekolah tuk saeseng... Pentaksub depa punyela ramai nak mati.... Kat airport tu ntah ape2x ntah... Mcm org xde peradapan...
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2023 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
on the other side bagus untuk ekonomi diorang... kpop ni one of their export products... kita2 ni la consumer diorang secara tak langsung by concerts, album, and so on... it's a global phenomenon... jgn tegur or critcize their fan, nnt kita kena serang blik... happened to me... sad but true... biar je lah mereka seronok dengan dunia diorang...smpai masa diorang akan puas dan stop dgn sendiri... takkan umur late 40's pun nk ber kpop lg ye dok...
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2023 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
OshinDaSolja replied at 2-7-2023 10:40 PM
on the other side bagus untuk ekonomi diorang... kpop ni one of their export products... kita2 ni la ...

Kat socmed ade granny2 umur 60-70an yg minat kpop gak especially kpop yg 3rd & 4th gen. Aku pun pelik sbb music zaman 70s,80s,90s berkali ganda best to my ears.
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2023 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts
kitaserupaaa replied at 2-7-2023 11:08 PM
Kat socmed ade granny2 umur 60-70an yg minat kpop gak especially kpop yg 3rd & 4th gen. Aku pun pe ...

I see,, tak sangka ada juga granny in their 60's 70's yg minat kpop ye hehehe,, klau dekat negara kita mmg buang tabiat la org kata...umur2 camtu mostly pegi mesjid dengar tazkirah agama and belajar perkemas tajwid Quran...sokay la semua orang ada music genre yg tersendiri... itu la tu music2 from 80's 90's ni mostly sedap2 tau... iollz ni pun masih lg stuck dgn music 90's mcm KRU, Elite, Nsync, BSB, No Doubt... rancak dia lain mcm
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-7-2023 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Baper yuran? Apa kriteria mohon?
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2023 09:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Wow! Dah macam series dream high jadi reality. Dream high tu kan konon school untuk train budak jadi kpopers
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2023 09:21 AM | Show all posts
tu aku kata dlm thread spm.. budak-budak yg tak minat dah belajar kerajaan bantu untuk buat sekolah khas yang fokus untuk jadi youtuber content creator advertisement dance lakonan etc .. ni cuba juga push budak belajar teori subjek2 sekolah sedangkan sikap pelajar itu sendiri dah menolak tak mau
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2023 09:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Tiada yang pelik pun if di korea setup performance arts school untuk specialize korean pop..branding kpop... Univer sity lain sudah lama buat... If ada arts degree boleh sambung study course lain... Cuma sekarang ini arts mahu sambung certain bidang stem ada restriction seperti medic...
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2023 01:50 PM | Show all posts
pernah tgk kt yt, dark side of kpop industries
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2023 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia macam Akademi Seni Negara cuma glamorize sebagai sekolah kpoop je.

Btw aiols suka drama2 kpoop. Tq Netflix feed aiol dengan drama2 best pehtu takyah tunggu tiap minggu untuk episod baru macam 10 tahun lepas. Can just maraton tengok 1 season dalam 24 jam jika gigih.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2023 02:44 PM | Show all posts
kesiannya... sekolah utk jadi entertainer (a.k.a. people pleaser)... jasa bakti dlm hidup hanyalah utk menghiburkan orang lain but yourself...
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2023 04:03 PM | Show all posts
kitaserupaaa replied at 2-7-2023 11:08 PM
Kat socmed ade granny2 umur 60-70an yg minat kpop gak especially kpop yg 3rd & 4th gen. Aku pun pe ...

Dan aku masih stuck lagu zaman 90an dan awal 2000. Sampai sekarang aku in denial dah 2023 dah. Macam masih 2000an je sekarang.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2023 06:18 AM | Show all posts
ok la sesuai dgn drg.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2023 06:47 AM From the mobile phone | Show all posts
plywood replied at 3-7-2023 09:21 AM
tu aku kata dlm thread spm.. budak-budak yg tak minat dah belajar kerajaan bantu untuk buat sekolah  ...

Yaa yuu..ada satu program under NCER empowering northern kan buat short course content creator 100jam gila ramai budak2 muda join..kelas ni free. kelas tu focus kat tiktok & jadi YouTubers @ gamers. Syarat nk join mesti 18-50y.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-3-2025 04:27 AM GMT+8 , Processed in 0.044478 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list