CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 4210|Reply: 71

Penyampai Radio ‘Sebenar’ Makin Pupus

[Copy link]
Post time 1-7-2023 07:27 PM | Show all posts |Read mode
Bekas penyampai radio, Linda Onn terbuka dan meraikan kemunculan ramai pelawak yang mendominasi bidang penyiaran radio masa kini.


Kata Linda keadaan itu tidak salah kerana ia adalah trend semasa malah diterima baik masyarakat.






“Penyampai radio sebenar makin hari makin pupus. Sekarang siapa sahaja boleh terjun ke dalam bidang ini.


“Saya dan rakan-rakan seangkatan lain adalah penyampai radio ‘sebenar’. Penyampai macam kami semakin berkurangan.


“Sekarang, golongan pelawak yang ada nama sudah boleh jadi penyampai radio kerana kebolehan mereka menceriakan suasana. Perkara itu tidak salah. Kalau ia trend dan bawa kebaikan, teruskan,” katanya.


Bagaimanapun, Linda mengingatkan penyampai radio sekarang agar sentiasa peka terhadap perkara boleh dan tidak dilakukan seorang penyampai radio.


“Kena tahu asas, jangan main hentam sahaja. Dulu, setiap penyampai radio tahu do’s and don’ts dalam dunia penyiaran radio. Tapi keadaan berbeza sekarang.


“Pada pengamatan saya, ada yang dulu tak boleh, sekarang dibolehkan. Keadaan sekarang lebih terbuka,” jelasnya.




Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2023 08:04 PM | Show all posts
Bukan je penyampai radio je bakalan pupus tapi dengan radio2 sekali bakal pupus...

cuba kalau semua kereta dah takde built in app radio...

takdenya acik2 semua gigih nak buka fon dan download app radio nak dengar radio...

hujung2 theyols tengok tonton tv3 jah dalam keta... tu pun mampu bertahan 5 minit je nak mengadap drama gampunk pasal hero telinga piring satelite astro dengan gigi berterabur... lepastu plak selang drama tu ada drama hero kucing kurap oyen macam gambar ni...

choiiii... baik tengok netflix jah...

Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2023 08:05 PM | Show all posts
Sudah jarang sangat denga radio, layan podcast je sekarang ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2023 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
rindu giler zaman Linda Onn dkt radio Era dulu...syok ke dgr beliau berceloteh... rasa healing jer... tak mcm dj radio zaman sekarang, hauk naw..dh la suka gelak2 mcm org kena sawan... klau drive mmg i tak kuasa nk buka radio, i bluetooth dkt phone je lagu2 yg i suka
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2023 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Radio ni dah macam TV la. Producer yg nak semua benda ni. Bukan nak buat survey pendengar pun. Era tu I rasa more like bg job kat artis yg dah sign contract dgn dorang. Yg jadi penyampai radio segera ni pun bukan reti nak handle benda alah nak tekan2 tu semua. Sbb tu ada partner/team up dgn orang yg pandai pakai.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2023 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Pada pendapat peribadi iols, Linda Onn telah terhenti menjadi penyampai radio sebenar pada ketika dia merempan kena transfer ke Sinar, pastu meroyan tak kenal lagu2 yg dipasang kat situ, pastu meratap sedih tak dapat pasang lagu "Kau Pergi" Aizat sebab duk kerja kat Sinar.

Dah lama iols huayus kan #lindaoff
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-7-2023 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Walau bagaimana pun, iols setuju dgn topik yg dibincangkan, penyampai radio yg sebenar dah kepupusan sebab kebodohan Stesen radio swasta ambik pelawak, pelakon, penyanyi, ahli politik jadi penyampai radio.

Tunggu budak2 TikTok dan founder timbang kilo je belum masuk lagi. Ke dah ada?
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2023 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku dah tak dengar da radio yg ada pak lawak
Aku dengar radio klasik. Nyampah oiiiii kejap2 ketawa, ngan lawak bodo pulak tuh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2023 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols dah lama gila tak dengar radio sebab rasa macam dah ntah pape. Especially era sinar semua tu. Annoying gila dengar. Huhuhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2023 09:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Apesal muka dia makin lama makin serupa Ida Moin?
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2023 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
DJ radio be like; sendiri buat lawak, sendiri gelak. Radio skrg tk best mcm zaman 20+ dlu2
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2023 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
la ni sapa2 pun boleh jd dj
badut2 , konti pun dh bole jd sarkis

achik dgr radio klasik je rasa tenang
kdg2achik buka plylist spotify je uollss

xkuasa nk serabut celoteh2 xbkenaan
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2023 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts
che-cikL replied at 1-7-2023 08:32 PM
Walau bagaimana pun, iols setuju dgn topik yg dibincangkan, penyampai radio yg sebenar dah kepupusan ...

Dah sis.. namie tu sis
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2023 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
qada dan qadar kot, dulu stesen lu yg bukak seluasnya lagu2 indon dan kenakan syarat ketat untuk lagu2 tempatan
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2023 11:52 PM From the mobile phone | Show all posts
che-cikL replied at 1-7-2023 12:32 PM
Walau bagaimana pun, iols setuju dgn topik yg dibincangkan, penyampai radio yg sebenar dah kepupusan ...

Japgi rayan bakery pun jd dj gamaknya
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2023 12:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Dj radio sekarang mmg ntah apa2. Sebut sebutan bahasa melayu pun mengada2. Ada yg sebut ala2 slang mat saleh. Terutama yg buat vouce over la. Dalam sinar tu .. ada satu iklan ke apa .. ada perkataan 'tak lapok dek hujan, tak lekang dek panas', dia sebut lekang tu .. laykang. Aku rasa mcm nak tampar2 je bdk tu.

Su hafni tu dulu aku suka jgk. Tp bila dgr dia jd penyampai radio .. terserlah la kebodohan dia. Byk je isu2 yg dia mcm termanggu2 sbb tak tau. Dah terpaksa cover line.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2023 12:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Kebanyakan radio bukan under gomen memang sauk je retis2 jadi dj. Masing2 syok sendiri, gelak macam mak lampir kesurupan. Pastu topik perbincangan pon ntah hapa2.. sebab tu aku suka dengar bfm (tapi bfm ni stesen liberal, so geng2 setazah jangan dengar la)
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2023 02:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Permintaan tinggi la kut tgu la nnti stesen2 radio pupus dek peredaran masa
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2023 02:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku suka suara linda onn.. last dengar masa dia kat kool fm petang2. Syok. Radio dj retis memang x sanggup nak dengar. Aku layan radio klasik ngan buletin jee. Weekend buletin fm best xde dj, lagu je.. aman je dengar..
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2023 09:24 AM | Show all posts
Supersirap replied at 1-7-2023 08:05 PM
Sudah jarang sangat denga radio, layan podcast je sekarang ni

Kan..                 

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-3-2025 07:30 AM GMT+8 , Processed in 0.060650 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list