CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 182|Reply: 0

Singapura Rampas Ubat Batuk Haram

[Copy link]
Post time 1-7-2023 05:06 PM | Show all posts |Read mode
Singapura: Penguasa Sains Kesihatan merampas kira-kira 190 liter ubat batuk kodein haram bernilai S$150,000, serta lebih daripada S$680,000 wang tunai dirampas pada bulan Jun.


Dalam operasi bersama yang menyasarkan sindiket kodein haram, yang terbesar seumpamanya sejak 2019, Penguasa Sains Kesihatan Singpura dan pegawai polis turut merampas 34 rokok elektronik, lapan peket rokok tidak berbayar dan pelbagai jenis pil.


Sindiket itu, yang didakwa membekalkan produk kesihatan tidak berdaftar seperti ubat batuk cecair dan ubat-ubatan, menjalankan kegiatan haram di pelbagai tempat di seluruh pulau.


Sindiket itu didakwa membekalkan produk kesihatan tidak berdaftar.




Susulan operasi pada Jun lalu, enam lelaki, berusia antara 37 tahun hingga 61 tahun sedang disiasat.


Mereka disiasat atas kesalahan mengikut Akta Produk Kesihatan, Akta Kastam dan Akta Tembakau, kata Penguasa Sains Kesihatan, polis dan Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan bersama pada Sabtu.


Antara enam, empat ditahan sebagai disyaki ahli pertubuhan yang menyalahi undang-undang mengikut Akta Pertubuhan dan disiasat untuk kesalahan lanjut mengikut Akta Rasuah, Pengedaran Dadah dan Jenayah Berat Lain.


Siasatan awal mendapati bekalan kodein didakwa diperoleh dari klinik di Bishan sebelum diproses untuk penjualan haram di Geylang di sebuah unit kediaman di Choa Chu Kang Avenue 3.


Kementerian Kesihatan Singapura sedang menyiasat sebuah klinik di Bishan, dan akan mengambil tindakan penguatkuasaan yang perlu jika siasatan mengesan sebarang pelanggaran Akta Hospital Swasta dan Klinik Perubatan, kata kenyataan itu.


Pengamal perubatan juga akan dirujuk kepada Majlis Perubatan Singapura sekiranya terdapat sebarang kesalahan profesional.


Pengarah Cawangan Penguatkuasaan Penguasa Sains Kesihatan, Annie Tan berkata: "Usaha kerjasama antara polis dan Penguasa Sains Kesihatan membolehkan kami membongkar dan menangkis bekalan haram ubat batuk cecair dan ubat-ubatan lain, sekali gus mengelakkan bahaya selanjutnya kepada orang ramai.


"enguasa Sains Kesihatan akan terus meningkatkan usaha penguatkuasaan dan bekerjasama dengan agensi berkaitan dalam operasi serbuan di kawasan sasaran untuk membanteras bekalan haram ubat-ubatan itu".


Sesiapa yang disabitkan kesalahan mengimport, mengilang atau membekalkan produk kesihatan yang menyalahi undang-undang, atau gabungan di atas, boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda sehingga S$50,000, atau kedua-duanya.




Sumber: BH Online
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-3-2025 04:56 PM GMT+8 , Processed in 0.582597 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list