View: 210|Reply: 0
|
Segelintir Peniaga Gerai Makan Pengotor, 'Rampas' Ruang Parkir
[Copy link]
|
|
Johor Bahru: Isu kebersihan membabitkan beberapa gerai makan di Taman Ungku Tun Aminah (TUTA) di sini, didakwa bukan perkara baharu.
Penduduk TUTA, Rasman Md Jali, 43, berkata, pihaknya yakin, dengan pelbagai tindakan dilakukan kerajaan negeri mahupun pihak berkuasa tempatan (PBT), ia mampu mendidik kumpulan peniaga.
Menurutnya, ia berikutan sebelum ini peniaga tidak mempedulikan faktor kesihatan mahupun keselamatan pelanggan kerana bukan saja beroperasi dalam keadaan kotor malah turut membuat pengubahsuaian tanpa kebenaran.
Keadaan kebersihan di gerai makan di Taman Ungku Tun Aminah (TUTA) adalah sederhana. FOTO Mary Victoria Dass
Katanya, longkang juga kerap tersumbat dengan sampah malah pada hari hujan, sampah akan berkumpul di bahagian tertentu longkang.
"Walaupun air deras, longkang di tepi gerai makan tetap berbau kerana ada peniaga membuang sisa makanan ke dalamnya.
" eniaga sudah sebati dengan perlakuan itu namun selepas PBT memantau isu terbabit, kita dapat lihat ada peniaga mula berdisiplin berkaitan isu kebersihan.
"Kini, keadaan gerai makan tidak seburuk seperti sebelum ini namun tahap kebersihan perlu dipertingkatkan dan lebih banyak langkah sesuai perlu dilakukan," katanya.
Seorang lagi penduduk, M Ravi, 29, berkata, peniaga yang membina bumbung tambahan selain mengubahsuai kedai atau sistem saliran seharusnya terus dikenalpasti dan diambil tindakan.
"Saya yakin lebih ramai lagi peniaga yang melakukan kesalahan sama dan mereka seharusnya dikenalpasti dan diambil tindakan sesuai.
"Sekiranya pelanggan menegur mereka, ia dipandang remeh selain mencetuskan kemarahan walaupun apa yang dilakukan mereka adalah menyalahi undang-undang," katanya.
"Ada yang beroperasi di tempat awam hingga menutup ruang parkir manakala segelintir pula bebas membuat penyambungan bumbung di laluan pejalan kaki.
"Mereka mengambil kesempatan atas kelonggaran diberikan dan ia tidak sepatutnya berlaku," katanya lagi.
Sementara itu, tinjauan mendapati, tahap kebersihan longkang di tepi gerai makan di TUTA dalam keadaan sederhana.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
| |
|