View: 547|Reply: 10
|
Anak Mangsa Nahas SUKE Mahu Ada Pihak Bertanggungjawab
[Copy link]
|
|
Anak kepada lelaki yang maut dalam nahas di Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE), 14 Jun lalu mahu ada pihak bertanggungjawab atas kejadian itu.
Muhammad Hafidz Ahmad Fadzil, 36, berkata, sehingga kini dia tidak dihubungi mana-mana ahli keluarga suspek bagi permohonan maaf atas kejadian yang menimpa bapanya, Ahmad Fadzil Omar Azzadin, 62.
Ahmad Fadzil (kiri) maut selepas terbabas akibat mengelak motosikal yang melawan arus menyebabkan dia terjatuh dari jejambat SUKE berhampiran Ulu Kelang.
"Saya sehingga kini tidak dihubungi mana-mana pihak. Saya sudah cakap dari awal saya sudah maafkan dia tetapi sekurang-kurangnya ada ahli keluarganya datang bertemu saya.
"Saya juga akan buat perkara sama jika ayah saya melakukan kesilapan. Adakah anak dia tidak ada keberanian untuk bertemu," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Menurutnya, dia terkilan apabila diberitahu suspek juga terjatuh dan mengalami kecederaan parah.
"Saya ragu apabila mendapat tahu suspek juga jatuh ketika kemalangan. Jika jatuh macam mana dia pulang ke rumah dan menerima rawatan?
"Sebab itu saya ingin mendengar sendiri dari pihak ahli keluarga suspek atau sekuarang-kurangnya permohonan maaf,"katanya.
Sebelum ini, media melaporkan Ahmad Fadzil selepas motosikal berkuasa tinggi jenis Ducati terbabas akibat mengelak motosikal yang melawan arus menyebabkan dia terjatuh dari jejambat SUKE berhampiran Ulu Kelang.
Susulan itu, polis sudah melengkapkan kertas siasatan dan sudah dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan lanjut.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Penghadang jalan terlalu rendah |
|
|
|
|
|
|
|
Yang menjadi punca kemalangan ini pun penunggang motosikal jugak yang melawan arus.
Jangan sampai pihak lebuhraya mengharamkan terus motosikal daripada menggunakan lebuhraya. Dahlah tol tak bayar,membahayakan pengguna lain lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalo berduit,saman sivil dekk..
Cuma kalo suspek ni miskin xmampu la nk byor punitive damages,kurang² masuk jel.
Etlis ko nk closure dpt la. |
|
|
|
|
|
|
|
ultra78 replied at 1-7-2023 02:22 PM
Yang menjadi punca kemalangan ini pun penunggang motosikal jugak yang melawan arus.
Jangan sampai p ...
Haramkan aje. Benci betul aku dengan 90% rider motosikal zaman now. Selfish nak mampos. |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa ragu suspek jatuh? Dia pergi report polis dalam keadaan cedera kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Eh eh kau ni dek. Ye, mmg sedih arwah kemalangan sebegitu, dan bukan langsung salah arwah.
Tapi ko nak nak jgk mamat celaka tu dtg mintak mahap, hubungi ko, dah byk kali kan kau keluar kenyataan cenggini? Dia taknak derrr. Of course lah dia takut. Mmg pengecut takde telo, and otak dia penuh taik. But for u nak mintak mintak mintak org tu mintak mahap, udoh ler. Dia takkan punya. Jgn bising2, baik kau terus saman si bodoh tu. Hit them where it hurts, Faham tak? Nak suruh suruh suruh, until when? |
|
|
|
|
|
|
|
Mamat lawan arus tu apa status..kena hukum tak?... |
|
|
|
|
|
|
|
Bila dah lebih daripada sekali keluar kenyataan pelaku/keluarga tak datang jumpa minta maaf, lagi lah tak nak datang agaknye.
Elok je lah gov tak bagi kebenaran motosikal guna elevated highway ni. Hari tu I pernah nampak sorang rider ni bagi middle finger kat highway sebab ada 1 kereta ni tukar lane, dah bagi signal maybe blind spot kot. Dah lah guna highway tu illegaly, samseng pulak. Tak nak plak dia guna lane motosikal yang dah disediakan tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Carcosa replied at 1-7-2023 05:37 PM
Eh eh kau ni dek. Ye, mmg sedih arwah kemalangan sebegitu, dan bukan langsung salah arwah.
Tapi ko n ...
Ni kot anak laki2 arwah yg bila diinterview reporter speaking omputeh...tapi tergagap2 jua?
Cakap meleis dah le.
I setuju sis, for what reason dia expect anak pelaku dtg mintak maap? At least pelaku dah serah diri dan bole didakwa di court, syukur alhamdulillah.
Kecuali...kecuali... arwah tu masa turun ramp tu melebihi speed limit, so pihak pembelaan boleh spin kat situ utk minta ringankan hukuman. |
|
|
|
|
|
|
| |
|