View: 138|Reply: 0
|
Luis Diaz sanggup bayar ganti rugi
[Copy link]
|
|
Luis Diaz sanggup bayar ganti rugi
DIAZ (tengah) menyahut cabaran untuk menggunakan jersi keramat Liverpool No. 7 musim baharu nanti. – AFP
LIVERPOOL – Pemain antarabangsa Colombia, Luis Diaz sanggup membayar ganti rugi selepas sah bakal menyarung jersi ikonik Liverpool No. 7 bagi mengharungi saingan musim depan.
Sebagai rekod, jersi The Reds No. 7 boleh dianggap sebagai salah satu jersi legenda kelab itu memandangkan ia pernah disarung beberapa pemain berpengaruh seperti Kenny Dalglish, Kevin Keegan, Luis Suarez dan yang terkini, James Milner.
Namun, Diaz mengambil keputusan untuk mencuba ‘aura’ No. 7 selepas Milner berhijrah, sekali gus menukar No. 23 yang sinonim dengannya sejak berhijrah dari kelab Porto pada awal tahun lalu.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Liverpool, Diaz tidak mempunyai masalah untuk membayar ganti rugi kepada peminat yang telah membeli jersi baharu musim depan dengan memilih untuk mencetak namanya dengan No. 23 sebelum ini.
“Penyokong yang sudah membeli jersi replika musim 2023-24 yang dicetak dengan nama Luis Diaz dan No. 23 akan dibayar balik secara peribadi oleh penyerang itu.
“Pertukaran ini hanya terpakai kepada semua jersi yang dibeli di butik rasmi kelab, melalui pesanan online di laman web Liverpool atau aplikasi LFC Retail.
“Mana-mana individu yang layak menukar jersi harus pulangkan bersama resit pembelian sebelum 31 Julai 2023. Jersi Luis Diaz dengan No. 23 yang ditukar akan disimpan oleh kelab dan didermakan kepada Yayasan LFC,” kata kenyataan tersebut.
Pemain berusia 26 tahun itu sememangnya menggemari No. 7 yang dianggap keramat dalam kariernya sebelum ini kerana ia digunakan sewaktu mewakili Porto dan skuad kebangsaan Colombia. – AGENSI
SumbeR:https://www.kosmo.com.my/2023/06 ... p-bayar-ganti-rugi/
|
|
|
|
|
|
|
| |
|