CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 192|Reply: 0

[Terengganu] Ramai 'buru' daun sup, daun bawang untuk Aidiladha

[Copy link]
Post time 28-6-2023 03:34 PM | Show all posts |Read mode

Daun sup, daun bawang, tomato dan limau nipis menjadi pilihan utama pengguna walaupun berlaku kenaikkan harga. FOTO BAHAROM BAKAR

Kuala Terengganu: Daun sup, daun bawang, limau nipis, perencah sup tulang serta daging menjadi [buruan' utama pengguna bagi sambutan Aidiladha.

Tinjauan di beberapa pasar awam sekitar bandar ini semalam, mendapati berlaku peningkatan harga daun sup dan bawang antara RM2 dan RM3 sekilogram (kg).

Turut berlaku peningkatan harga adalah tomato apabila ia dijual pada harga RM8 sekilogram berbanding RM6 sebelum ini.

Harga limau nipis pula naik kepada RM18 kg, berbanding hanya RM12 dan RM14 kg semalam.

Peniaga, Mamat Embong, 70, berkata, harga daun sup, daun bawang, limau nipis dan tomato naik susulan kesukaran mendapat bekalan daripada pemborong.

Katanya, pemborong hanya membekalkan daun sup, daun bawang, tomato dan limau nipis dalam jumlah sedikit untuk diagihkan kepada kira-kira 70 peniaga.

"Saya memperolehi bekalan kira-kira 50 kg daun sup, daun bawang (35 kg), tomato (40 kg) dan limau nipis seberat 65 kg pagi ini (semalam)," katanya.

Salah seorang pemborong sayur di Pasar Borong Kampung Gong Pauh di sini berkata, kenaikan harga sayuran itu tidak dapat dielakkan berikutan kesukaran mendapatkan bekalan selain permintaan tinggi daripada pengguna sempena sambutan Aidiladha.

Dia yang enggan namanya didedahkan berkata, kebanyakan masyarakat terutama yang melakukan ibadah korban memilih untuk menyiapkan sup berbanding masakan berlemak menggunakan santan.

"Daun sup, daun bawang, limau nipis dan tomato menjadi pilihan utama pengguna setiap kali Aidiladha," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ang-untuk-aidiladha

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 10:14 AM GMT+8 , Processed in 0.063750 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list